Seorang lelaki di Guiyang, China mendapat jolokan Spiderman sebenar selepas rakaman video memaparkan dia memanjat turun bangunan setinggi 37 tingkat, tular di media sosial, lapor akhbar Daily Star UK kelmarin.
Lelaki berpakaian baju-T berwarna putih, seluar jeans gelap, stokin putih dan berkaca mata itu meniti di pinggir balkoni lalu memanjat pagar tingkap untuk turun ke bawah.
Anggota-anggota bomba telah dipanggil ke tempat kejadian tetapi sebaik sahaja lelaki itu melihat kelibat pihak berkuasa, dia mula turun ke bahagian luar bangunan.
Dia dipercayai memanjat turun sejauh lebih 100 meter dan menolak bantuan bomba yang mengekori rapat setiap pergerakannya.
Namun, ‘adiwira’ itu akhirnya mengaku kalah semasa di tingkat tiga apabila dia meminta anggota-anggota bomba menariknya masuk semula ke dalam bangunan.
Lelaki itu telah dibawa ke balai polis tempatan, namun tiada laporan mengenai motif perbuatannya.
Media tempatan membuat spekulasi bahawa dia mungkin mengalami episod tekanan mental sementara sebilangan yang lain percaya bahawa dia cuba melarikan diri daripada perintah berkurung Covid-19.
Ini Imej sebenar CR-V Generasi Baharu 2023 ?
Netizen persoal kereta Aeril Zafrel baru guna dah nak jual ?