Hasrat pelakon Aeril Zafrel untuk menjual semula sebuah kereta mewah jenis Lamborghini Aventador yang dihadiahkan oleh isterinya, Wawa Zainal mengundang persoalan dalam kalangan netizen.
Menurut laporan Kosmo! Online, pelakon berusia 34 tahun itu
berkata dia sekadar ingin ‘feel’ memandu kereta bernilai RM2.27 juta tersebut dan tidak berhasrat menggunakan dalam tempoh yang panjang.
Disebabkan perkara itu, netizen mula membuat pelbagai spekulasi kerana mengikut logik, mengapa dia perlu menjual kereta berwarna kuning itu terlalu awal, sedangkan ia adalah pemberian istimewa oleh isteri tercinta.
Baca: Cara Keluarkan Duit Di Mesin ATM Tanpa Kad Waktu Kecemasan