Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Zuraida keluar parti, pemimpin Bersatu dedah kisah sebenar

Zuraida keluar parti, pemimpin Bersatu dedah kisah sebenar. Sebelum ini Bersatu memang telah membincangkan kedudukan YB Datuk Zuraida, setelah meneliti tindak tanduk beliau yang terkini.

Surat tunjuk sebab juga telah dikeluarkan hasil daripada pertimbangan tersebut.

Biro Politik Bersatu juga sebenarnya telah mengambil ketetapan mengenai kedudukan beliau dalam parti.

Kerana itulah, bagi saya, tindakan YB Datuk Zuraida bukan satu perkara mengejutkan kerana ia memang telah dijangka.

Zuraida keluar parti, pemimpin Bersatu dedah kisah sebenar

Dalam keadaan seluruh negara sedang bercakap mengenai peri pentingnya kestabilan politik, nampaknya YB Datuk Zuraida bertindak berdasarkan pertimbangan sendiri sahaja.

Berkaitan Kabinet, YB Tan Sri Muhyiddin selaku Presiden Bersatu dan Pengerusi Perikatan Nasional akan menamakan calon yang sesuai dari kalangan pemimpin Bersatu.

Share This Story

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *