33 peratus kanak-kanak di Malaysia telah lengkap 2 dos vaksin. Seramai 1,176,530 atau 33.1 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini sudah lengkap divaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids), setakat semalam. Berdasarkan data menerusi laman sesawang COVIDNOW, sejumlah 1,727,791 atau 48.6 peratus daripada kumpulan itu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,914,167 atau 93.7 peratus telah lengkap divaksin manakala 3,010,754 atau 96.8 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Dalam pada itu, sejumlah 16,098,582 atau 68.4 peratus orang dewasa di negara ini sudah menerima suntikan dos penggalak, 22,974,695 atau 97.6 peratus sudah lengkap dua dos suntikan vaksin dan 23,251,418 atau 98.8 peratus sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Sebanyak 13,302 dos harian diberikan semalam meliputi 7,404 dos pertama, 3,810 dos kedua dan 2,088 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah 70,939,755.
Baca: “Clear Mode”, Antara Paparan Ujian Video TikTok Yang Lebih Bersih Tanpa Maklumat Akaun Dan Komen
Warga emas mati terbaring atas kerusi
Hobi pelik warga emas gemar kumpul barang orang yang sudah mati