Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Hanya RM250, Bantuan Kerajaan Untuk Buat Lesen Memandu Masih Dibuka !

Hanya RM250, Bantuan Kerajaan Untuk Buat Lesen Memandu, Masih Dibuka !

Hanya RM250, Bantuan Kerajaan Untuk Buat Lesen Memandu Masih Dibuka. Bantuan Lesen Memandu. Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah memperkenalkan sebuah bantuan iaitu Bantuan Lesen Keluarga Malaysia (BLKM) yang dikhaskan untuk golongan B40 bagi mendapatkan lesen memandu kelas B2.

Untuk pengetahuan anda, BLKM merupakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) MOT melalui JPJ yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

CSR ini telah dilaksanakan sejak tahun 1990an menerusi Program JPJ Bersama Rakyat sebelum ditukar nama kepada Program Satu Komuniti Satu JPJ dan Program Bantuan Lesen Memandu Prihatin.

Menurut Perdana Menteri, pelaksanaan BLKM dikhaskan untuk golongan B40 dan masyarakat Orang Asli yang mempunyai kesulitan bagi mengikuti kelas di institusi latihan memandu bagi mendapatkan lesen memandu kelas B2.

Menerusi bantuan ini, mereka yang layak hanya dikenakan bayaran sebanyak RM250 seorang dengan menghadiri kursus singkat.

Bayaran ini lebih murah berbanding kos sebenar yang perlu ditanggung oleh individu biasa berjumlah RM750 seorang.

Untuk maklumat lanjut mengenai permohonan BLKM, sila layari laman rasmi MOT di https://www.facebook.com/motmalaysia

Baca: Jangan lakukan seks selama lapan minggu bantu elak sebar virus Cacar Monyet

Kerana cemburu, lelaki penggal kepala isteri

Warga emas mati terbaring atas kerusi

Share This Story

Berita Berkaitan