Baru 2 Hari Kahwin, Gadis 16 Tahun Akur jadi janda Rupa-Rupanya Bekas Suami. Seorang wanita di Ngawi, Indonesia, Hartini, meluahkan rasa kesal selepas anaknya, SM, 16, terpaksa ‘memegang’ status janda selepas dua hari berkahwin berikutan diceraikan oleh suaminya.
Menerusi laporan media tempatan, gadis berkenaan telah berkahwin dengan seorang duda, 50, yang merupakan Ketua Kampung di kawasan Kedung Banteng pada Sabtu yang lalu (4/6/2022). Hartini menjelaskan dia sama sekali tidak merestui perkahwinan tersebut bagaimanapun bekas suaminya mengaku sempat menghadiri majlis berkenaan bagi memberi restu sebelum dihalau.
Sebagai ibu, Hartini pada mulanya terkejut dan seolah-olah tidak rela anaknya berkahwin berikutan SM baru sahaja tamat Sekolah Menengah Rendah (SMP). Namun, dia sudah mengetahui anaknya mempunyai hubungan dengan lelaki berkenaan dalam tempoh hampir dua bulan.
Kahwin sebab diberi kereta Pajero, tanah, dan beli rumah. Akhirnya dia nak kahwin.
Selepas berkahwin, 2 hari kemudian mereka bercerai.
Susulan daripada itu, Hartini bertindak mengadu kepada saudara yang lain sebelum bertindak melaporkan kepada pihak polis. Ujar pihak polis, pihaknya masih memproses laporan tersebut dan kes perkahwinan ini turut tular di laman Facebook.
Bekas suami kepada SM sebelum ini, mengaku dia merupakan seorang duda dan telah bercerai dan tidak dijaga oleh isterinya selama 13 tahun namun wanita berkenaan rupa-rupanya sedang berada di Taiwan. Kes perkahwinan tersebut telah dirujuk kepada pihak berkuasa dan perkahwinan tersebut telah dibatalkan.
Itu rupanya punca ketua kampung menjatuhkan talak pada SM.
Baca: Ingin Kekal Cantik, Kim Kardashian Sanggup Makan Najis
[Video] Melampau ! Tarian Seksi Penyanyi Dolla Undang Kecam Netizen
Anak Lembu Berkepala Dua Dengan Tiga Mata Gemparkan Penduduk