Tular sebelum ini bahawa kerajaan Arab Saudi telah meletakkan sebuah patung berhala berwarna biru di tengah-tengah padang pasir Al Ula, lokasi yang dikatakan terbinanya Kota Neom. Ia tular di Facebook sejak Sabtu, 28 Mei yang lalu dengan dakwaan itu dikongsi lebih 1,000 pengguna sosial media.
Di bahagian komen pula, terdapat pelbagai kecaman dan kritikan terhadap kerajaan Arab Saudi yang dilaporkan telah ‘menyimpang’ dari ajaran Islam yang sebenar.
Untuk pengetahuan anda, patung biru yang menggambarkan seorang wanita sedang duduk bertapa di tengah-tengah padang pasir ini sebenarnya adalah sebahagian daripada pameran seni kontemporari Desert X yang diadakan di Lembah Coachella, Al Ula.
Patung berwarna biru ini dihasilkan oleh artis dari Amerika yang bernama Lita Albuquerque. Beliau menamakan karya patung berwarna biru ini dengan nama NAJMA yang bermaksud bintang dalam bahasa Arab dengan frasa ‘dia meletakkan seribu matahari di atas lapisan telus angkasa.
Ketika diminta untuk mengulas mengapa beliau memilih warna biru, Lita memberitahu bahawa biru adalah simbol kepada lautan Mediterranean yang luas dan mewakili seni bina bandar Sidi Bou Said tempat di mana dia dibesarkan. Ia juga mewakili hubungan di antara langit dan bumi.
Baca: Tinggal di bangsal buruk, pasangan hidup susah bersama tiga anak
Mawar Karim Dedah Pengganti Baharu Suami, 10 Tahun Beza Umur
Akhirnya Ustaz Kazim Elias dedah 6 individu yang menyihir beliau