Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Caj RM0.50 Untuk MyDebit Cash Out Bermula 1 Julai 2022

Caj RM0.50 Untuk MyDebit Cash Out Bermula 1 Julai 2022

Alliance Bank telah membuat pengumuman bahawa yuran Pengeluaran Tunai MyDebit akan dikenakan caj RM0.50 bagi setiap transaksi keluar tunai bagi setiap pemegang kad MyDebit bermula dari 1 Julai 2022.

Ia juga menyatakan bahawa pengeluaran wang tunai digunakan untuk peniaga dan peruncit terpilih. Selain itu, bank-bank lain seperti CIMB, HSBC, Bank Islam, OSBC dan Standard Charted turut ikut serta dalam perubahan tersebut.

Walaupun begitu, PayNet yang merupakan penyedia MyDebit Cash Out masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai hal ini. Banyak bank lain yang menerima MyDebit Cash Out seperti Affin Bank, Maybank, Public Bank, UOB dan lain-lain tidak membuat pengumuman atas sebab tertentu tetapi pengeluaran tunai masih akan di kenakan yuran RM0.50.

MyDebit Cash Out membolehkan rakyat Malaysia mengeluarkan wang daripada peniaga atau peruncit terpilih secara langsung untuk membeli barangan dan produk. Perkhidmatan PayNet yang lain seperti DuitNow, JomPAY, DirectDebit, FPX dan GIRO Antara Bank tidak terjejas oleh perubahan ini.- Sumber

Baca: Punca Lelaki Selalu Buncit Lepas Kahwin, Beri Kesan Kepada Kesuburan Lelaki, Kata Doktor

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 2. Sila Semak Tarikh & Bayaran Yang Anda Dapat

10 Websites Terbaik 2022 Yang Perlu Anda Cuba (Part 3)

Share This Story

Berita Berkaitan