BATU PAHAT: Penganjur program derma darah memohon maaf kepada orang ramai yang menerima beg cenderahati berisi mi segera berperisa daging babi cincang di pusat beli-belah di sini, kelmarin.
Pengerusi jawatankuasa pengelola program berkenaan, Lou Kok Meng, berkata perkara berkenaan tidak disengajakan dan pihaknya akan bertanggungjawab sepenuhnya mengenai kejadian terbabit.
“Pihak penganjur mengambil maklum mengenai perkara itu dan sentiasa bersedia untuk memberi kerjasama dengan pihak berkuasa bagi membantu siasatan.
“Wakil daripada kami juga sudah ke Bahagian Pengurusan Pentadbiran Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk memberi penjelasan mengenai kejadian itu,” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.
Menurutnya, ketika ini pihaknya hanya mampu memohon maaf kepada orang ramai terutamanya kepada pengunjung yang datang menderma darah dalam program berkenaan dan akan memperbaiki keadaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Ismail Dollah, berkata polis menerima laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai perkara berkenaan, 11.38 pagi semalam.
“Laporan berkenaan mengenai sebahagian daripada penderma darah menerima bungkusan cenderahati mengandungi mi segera dipercayai berperisa daging babi cincang.
Katanya, siasatan awal mendapati, program derma darah anjuran bersama badan bukan kerajaan (NGO) dan hospital di sini diadakan di sebuah pusat beli-belah di Batu Pahat kelmarin. – BH
Baca: Melampau ! Mi segera perisa daging babi hadiah saguhati penderma darah yang beragama Islam
Doktor Ini Kongsi Tips Hubungan Seks Tahan Lama Tanpa Pengambilan Ubat
Selepas 10 Bulan Nikah, Isteri Baru Tahu ‘Suami’ nya itu Seorang Perempuan