“Dia rasa dia sudah ada tempat di syurga?” Siti Kassim ‘Sound’ PU Ris. Pemergian pelakon dan penyanyi terkenal, Adibah Noor yang meninggal dunia pada Sabtu malam, (18 Jun) ternyata mengejutkan industri hiburan tanah air.
Bukan sahaja penggiat seni, malahan rata-rata netizen turut meluahkan rasa duka di atas pemergian mengejutkan Allahyarham akibat kanser ovari tahap 4 yang selama ini dirahsiakannya dari pengetahuan umum.
Di media sosial, ramai dilihat tampil mengucapkan takziah dan mendoakan arwah sambil memuat naik fotonya sebagai tanda penghormatan terakhir.
Sehubungan itu, pendakwah bebas dan pelakon, Pencetus Ummah (PU) Haris Ismail atau lebih kenali dengan panggilan PU Riz tampil menasihatkan orang ramai agar tidak memuat naik foto arwah yang menampakkan auratnya.
Suami kepada Neelofa itu turut berkongsi dalil yang menguatkan nasihatnya agar orang ramai tidak menyebarkan foto-foto tersebut sebaliknya cukup sekadar menyedekahkan bacaan surah Al-Fatihah.
“Dia rasa dia sudah ada tempat di syurga?”
Teguran itu bagaimanapun tidak disenangi oleh peguam dan aktivis kontroversi, Siti Kassim.
Dia yang tampil menerusi satu ciapan di Twitter merasakan PU Riz tidak sepatutnya mencampuri urusan orang lain sebaliknya menjaga ‘tepi kainnya’ sendiri.
“Siapa dia Mof* ni? Dia sepatutnya berfikir tentang urusan dia sendiri dan menutup mulut. Adakah dia rasa dia sudah mendapat tempat di syurga?” ciap Siti Kassim.
Who is this MOFO? He should mind his own business and shut the f**k up! Does he think he already has a place in heaven? FO! 🤮 pic.twitter.com/vN3Q3F7Odz
— Siti Kasim (@sitikasim) June 19, 2022
Ciapan aktivis itu kemudiannya telah menerima pelbagai respon dari netizen. Ada yang bersetuju dengan pendapatnya dan ada juga segelintir yang merasakan perbuatan PU Riz adalah bertepatan dengan ajaran Islam.
Baca: “HARAM Dan Berdosa” Dr. Izhar Jawab Isu Tular Rakan Beri Hadiah Tak Senonoh Pada Pengantin
Sibuk Bertiktok Biarkan Baby Di Hospital Menangis, Netizen ‘Naik Angin’ Sikap Nurse
Doktor Ini Kongsi Tips Hubungan Seks Tahan Lama Tanpa Pengambilan Ubat