Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Empat Beranak Termasuk Kanak-kanak Cedera Alat Memasak ‘steamboat’ Meletup

Makan malam empat beranak termasuk dua kanak-kanak bertukar tragedi apabila dapur

Empat Beranak Termasuk Kanak-kanak Cedera Alat Memasak ‘steamboat’ Meletup

KOTA KINABALU – Makan malam empat beranak termasuk dua kanak-kanak bertukar tragedi apabila dapur gas mudah alih untuk memasak ‘steamboat’ meletup dalam kejadian di sebuah restoran di Alam Mesra pada malam Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, Roberto Antoni, 28 dan isterinya, Wujon Maria Mae serta dua anak mereka cedera akibat terkena air panas dan letupan berkenaan.

Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 9.06 malam.

Menurutnya, seramai 13 anggota dikejarkan ke lokasi yang terletak kira-kira 11 kilometer dari BBP Lintas.

Empat Beranak Termasuk Kanak-kanak Cedera Alat Memasak 'steamboat' Meletup

“Terdapat empat mangsa dilaporkan melecur terkena air panas dan ada juga yang terkena api.

“Dua mangsa kanak-kanak dihantar ke hospital oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kejadian manakala dua lagi diberikan rawatan awal oleh pasukan perubatan sebelum dihantar ke hospital menggunakan ambulans,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Beliau berkata, pasukan bomba seterusnya membuat pemeriksaan lanjut bagi mengelak sebarang bahaya lain di lokasi kejadian.

“Operasi terkawal pada jam 9.35 malam dan ditamatkan selepas semuanya berada dalam keadaan selamat,” katanya.- Sinar Harian

Baca: Doktor Ini Kongsi Tips Hubungan Seks Tahan Lama Tanpa Pengambilan Ubat

Guru Seni Dipecat Selepas Biarkan Murid Tidak Berpakaian Dan Merokok

[Kemaskini] Senarai Bantuan Pendidikan Dan Cara Permohonan Bagi Pelajar IPT, Lepasan SPM/STPM/Asasi Dan Lain-lain (Link Disediakan)

Share This Story

Berita Berkaitan