Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Gara-Gara Tidak Belikan Motosikal, Suami Sanggup Jerut Leher Isteri Sampai Mati

Suami Jerut Leer Isteri

Gara-Gara Tidak Belikan Motosikal, Suami Sanggup Jerut Leher Isteri. Gara-gara berang tidak dibelikan motosikal, seorang suami sanggup menjerut leher dan membunuh isterinya menggunakan wayar elektrik.

Memetik laporan Tribunnews, tragedi kejam itu berlaku di Rejang Lebong, Bengkulu Indonesia.

Dinyatakan, mangsa iaitu Amelina Efriyanti berumur 31 tahun pada mulanya bergaduh dengan suspek iaitu KO berumur 33 tahun di rumah mereka pada 3 Jun lalu.

Suami Jerut Leer Isteri

Difahamkan, suspek berasa marah kerana isterinya tidak membelikan sebuah motosikal buat dirinya selepas dua bulan dia meminta mangsa membeli kenderaan itu.

Suspek turut mengaku berasa malu kerana tidak mempunyai motosikal.

Selain itu, suspek juga menyatakan bahawa dia mempunyai hutang yang perlu dibayar.

Hutang yang dimiliki oleh suspek dilaporkan berjumlah 500,000 rupiah (RM150), namun dia meminta wang berjumlah 2.5 juta rupiah (RM752) daripada mangsa untuk membeli motosikal.

Sementara itu, Ketua Operasi Kajian dan Jenayah Balai Polis Rejang Lebong, Iptu Deny Fita Mukhtar berkata, mangsa yang berasa tertekan ketika bertengkar bertindak mengambil wayar elektrik yang tergantung di ruang hadapan rumah mereka lalu melilitkan kabel itu pada lehernya.

Dia turut berkata : “Daripada makan hati lebih saya membunuh diri.”

“Suspek yang marah lantas menarik wayar tersebut menggunakan kedua-dua tangannya dan menyentaknya dengan kuat sehingga menjerut leher mangsa.

“Mangsa kemudian dilaporkan jatuh terduduk dan tidak bernafas,” kata iptu. – Agensi

Baca: Menteri Alam Sekitar Maut Ditembak Rakan Sendiri

Baru 2 Hari Kahwin Dah Kena Cerai Selepas Suami Kantoi Menipu

Warga Emas Maut Dalam Kebakaran Di Melaka

Share This Story

Berita Berkaitan