Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

‘Geli Tekak’, Wanita Beli Kentang Goreng Tapi Sudah Penuh Kulat

Antara perkara yang paling dirisaukan apabila membungkus makanan di luar ialah kebersihan serta kualiti makanan, jika makanan itu tidak cukup bersih ia boleh memberi kesan yang teruk kepada kesihatan.

Baru-baru ini, tular sebuah video yang dikongsikan di laman Facebook di mana dia telah membeli sebungkus kentang goreng tetapi terkejut apabila makanan tersebut dipenuhi kulat di bahagian bawah.

Dalam posting Eca Rahimi itu, dia memaklumkan kentang tersebut baru sahaja dibungkusnya bagi tujuan untuk makan di rumah.

“Berniaga la betul-betul. kentang berkulat, masam. Lokasi Pantai Remis Sungai Sembilang,” tulisnya.

Difahamkan, gerai yang menjual makanan tersebut hanya beroperasi pada hujung minggu, keadaan kentang goreng tersebut sangat merisaukan malah ia kelihatan seperti telah ditinggalkan dalam masa yang lama.

“Macam mana lah dia berniaga”

Netizen rata-rata ‘geli tekak’ dengan rupa dan keadaan makanan tersebut bahkan ramai juga yang berkongsi pengalaman hampir sama daripada gerai yang sama, ramai juga yang risau kerana tempat tersebut merupakan kawasan riadah.

Walaupun, ada yang menyalahkan wanita tersebut kerana tidak memeriksa dahulu keadaan makanan tersebut tetapi wanita itu memberitahu pada mulanya dia juga tidak perasan kulat tersebut kerana penjual itu menyorokkan kulat itu di bahagian bawah. Agensi

Baca: Pelajar Universiti Ditemui Mati dalam Bilik Berkunci Di Serdang
Orangutan Diberi Rokok Undang Kemarahan Orang Ramai
Orangutan Diberi Rokok Undang Kemarahan Orang Ramai

Share This Story

Berita Berkaitan