Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Idea ‘Gila’ Elon Musk Mahu Bina ‘Bahtera Nabi Nuh’ Moden Hantar Manusia Ke Bulan

Bahtera Nabi Nuh’ Moden

SpaceX sebelum ini dilaporkan sedang membina kapal angkasa berfungsi sebagai kargo untuk mengangkut barangan dan juga manusia ke Bulan, Marikh dan juga planet-planet lain

Idea ‘Gila’ Elon Musk Mahu Bina ‘Bahtera Nabi Nuh’ Moden Hantar Manusia Ke Bulan. Lelaki terkaya di dunia, Elon Musk merancang untuk membina 1,000 ‘Bahtera Nuh Moden’ iaitu kapal angkasa yang akan digunakan bagi mengangkut satu juta manusia ke Marikh.

Menerusi laporan Business Insider, Elon yang juga pemilik SpaceX dan Tesla berpendapat usaha menjadikan manusia sebagai hidupan di beberapa planet berbeza (multiplanet) akan membantu memelihara ekosistem Bumi dengan lebih baik.

Menurut Musk usaha ini perlu dilakukan kerana tiada spesies lain selain manusia yang boleh melaksanakan misi sebegitu.

“Manusia adalah penjaga kehidupan, kerana tiada spesies lain boleh mengangkut kehidupan ke Marikh. Kita tidak boleh mengecewakan mereka,” ciap Musk di Twitter.

Menjadikan kisah Nabi Nuh sebagai inspirasi, Musk turut memilih untuk menamakan kapal-kapal berkenaan sebagai ‘Bahtera Nuh Moden’. Dia memilih nama ini kerana berpendapat kapal tersebut mampu menyelamatkan manusia dari sebarang malapetaka – sama seperti bahtera milik Nabi Nuh itu.

“(Kita) bina 1000+ kapal angkasa untuk mengangkut kehidupan ke Marikh. Pada asasnya, Bahtera Nuh (sangat) moden,” katanya menjawab soalan yang diajukan seorang pengguna.

SpaceX sebelum ini dilaporkan sedang membina kapal angkasa berfungsi sebagai kargo untuk mengangkut barangan dan juga manusia ke Bulan, Marikh dan juga planet-planet lain.

Difahamkan kapal tersebut terdiri daripada dua elemen iaitu penggalak peringkat pertama yang dikenali sebagai Super Heavy dan bahagian atas kapal yang dikenali sebagai Starships.

Mengikut perancangan mereka juga, kedua-dua bahagian ini boleh diguna semula apabila diperkuatkan dengan enjin baharu yang dikenali sebagai Raptor.

Sekiranya ia berhasil (untuk diguna semua), Musk menjangkakan kos untuk program-program penjelajahan angkasa akan dapat dikurangkan.

Kapal angkasa milik SpaceX ini juga mendapat perhatian NASA yang merancang untuk menggunakan kenderaan tersebut bagi program Artemis, iaitu sebuah program untuk menghantar manusia ke bulan sekali lagi dalam beberapa tahun mendatang.

Baca: Pekerja TESLA Kurang Senang Arahan Elon Musk

Share This Story

Berita Berkaitan