“Joget Tunjuk Langit” Akhiri Majlis Tilawah Al-Quran. Program tilawah Al-Quran merupakan satu majlis yang baik dan suci di mana al-Quran dibaca beramai-ramai secara bergilir-gilir. Namun, lain pula yang jadi di negara seberang apabila sebuah program dipercayai majlis tilawah Al-Quran diakhiri dengan acara ‘cucuk langit’.
Dalam satu hantaran video yang dimuat naik pengguna Abduh Nursalam di laman Facebook, dapat dilihat sekumpulan lelaki berkopiah serta wanita bertudung yang berkumpul di hadapan sebuah bangunan berkubah, dipercayai sebuah masjid.
Menerusi video tersebut, mereka dilihat sedang berjoget dengan rancak, ‘mencucuk langit’ sambil berlatarbelakangkan lagu C’est La Vie nyanyian penyanyi Algeria, Khaled yang dipasang dengan kuat.
Abduh yang memuat naik video tersebut, menerusi kapsyen telah meluahkan rasa kecewa terhadap situasi tersebut yang difahamkan telah berlangsung di negara jiran, Indonesia.
Video tersebut telah mendapat pelbagai reaksi warganet termasuk rasa kecewa dan sedih akan tindakan pengajur dan peserta yang terlibat. Ruangan komen hantaran tersebut dipenuhi dengan doa agar perkara seperti itu tidak berulang lagi dan semoga mereka diberikan hidayah.
Baca: Tong Gas Meletup, Remaja Hampir Maut
Rogol Remaja 13 Tahun, Tukang Cuci Masjid Di Bakal Dipenjara 20 Tahun
Doktor Ini Kongsi Tips Hubungan Seks Tahan Lama Tanpa Pengambilan Ubat