Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Kanak-Kanak 2 Tahun Tertembak Mati Bapa

Kanak-Kanak 2 Tahun Tertembak Mati Bapa

Kanak-Kanak 2 Tahun Tertembak Mati Bapa. Kejadian di Florida, Amerika Syarikat (AS). Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun telah tertembak mat1 bapanya secara tidak sengaja, kata pihak berkuasa tempatan pada Isnin.

accidentially shot

Anggota penguat kuasa undang-undang yang tiba di rumah mangsa berhampiran Orlando selepas mendapat panggilan kecemasan 911 mendapati ibu kanak-kanak itu, Marie Ayala sedang memberikan bantuan kecem’asan kepada suaminya, Reggie Mabry.

Lelaki berusia 26 tahun itu meninggal dunia tidak lama kemudian di sebuah hospital.

Syerif Orange County, John Mina berkata, penguat kuasa pada mulanya menge’syaki lelaki itu telah menembak dirinya sendiri.

Katanya, bagaimanapun, anak sulung daripada tiga beradik itu kemudian memberitahu penyi’asat bahawa bapanya dite’mbak oleh adiknya yang berusia dua tahun.

“Pistol yang digunakan untuk menembak bapanya itu berada di dalam beg di atas tanah.

“Anaknya telah menemui senjata api tersebut kemudian menembak bapanya dari arah belakang.

“Ketika kejadian bapanya bermain permainan video di komputer,” katanya pada sidang akhbar.

“ibunya ditahan pihak berkuasa atas tuduhan menyebabkan pembu’nuhan akibat kecuaian dan memiliki senjata api,” katanya. – Sumber

Baca: Anak Lembu Berkepala Dua Dengan Tiga Mata Gemparkan Penduduk

Lebih 1000 Mangsa Scammer Ditawar Kerja Di Luar Negara

Sebar Video Lucah Pasangan Ini Disebat 20 Kali

Share This Story

Berita Berkaitan