Seramai 55.29 peratus daripada keseluruhan 407,097 calon Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2021 lulus sekurang-kurangnya semua mata pelajaran, kata Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Nor Zamani Abdol Hamid.
Dalam satu sidang media hari ini, beliau berkata, gred purata nasional (GPN), iaitu indeks yang digunakan untuk menilai pencapaian calon SPM 2021 di seluruh negara, ialah 4.86 mata.
Selain itu, Nor Zamani berkata, peratus calon yang layak untuk menerima sijil SPM, dengan syarat lulus Bahasa Melayu dan Sejarah, adalah sebanyak 88.09 peratus, atau 336,630 orang calon. – Astro Awani
Baca: Pemakluman Terakhir Dari JPJ, Perbaharui Lesen Atau Ambil Ujian Semula
11,000 Jawatan Kosong Untuk Diisi Di Karnival Kerjaya @ Melaka