Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Keputusan SPM 2021 Boleh Disemak Di Sini Bermula 10 Pagi Hari Ini

Keputusan SPM 2021 Boleh Disemak Bermula 10 Pagi Hari Ini

Seramai 407,097 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 akan mendapat keputusan masing-masing hari ini.

Kementerian Pendidikan (KPM) sebelum ini memaklumkan calon boleh mendapatkan keputusan berkenaan di sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi.

Manakala bagi calon persendirian, slip keputusan akan dihantar melalui pos pada tarikh sama

Selain menyemak di sekolah masing-masing, calon sekolah dan calon persendirian juga boleh memilih dua kaedah lain untuk mendapatkan keputusan.

Ia boleh diperolehi secara dalam talian di pautan myresultspm.moe.gov.my bermula jam 10 pagi hari ini hingga 6 petang 24 Jun

Selain itu, calon juga boleh mendapatkan rumusan keputusan berkenaan melalui SMS dengan menaip SPMNoKPAngkaGiliran dan dihantar ke nombor 15888.

Sistem ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi hari ini sehingga jam 6 petang pada 22 Jun 2022.Astro Awani

Baca: Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 2. Sila Semak Tarikh & Bayaran Yang Anda Dapat

11,000 Jawatan Kosong Untuk Diisi Di Karnival Kerjaya @ Melaka

10 Websites Terbaik 2022 Yang Perlu Anda Cuba (Part 3)

Share This Story

Berita Berkaitan