Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Kurangkan Sperma, Pil Perancang Kehamilan Untuk Lelaki Yang Bakal Dipasarkan

Kurangkan Sperma, Pil Perancang Kehamilan Untuk Lelaki Yang Bakal Dipasarkan

Kurangkan Sperma, Pil Perancang Kehamilan Untuk Lelaki Yang Bakal Dipasarkan. Pil perancang kehamilan selama ini hanya dihasilkan untuk pengguna wanita. Ini meletakkan tanggungjawab mengelakkan kehamilan yang tidak dirancang di tangan wanita sepenuhnya. Tetapi kini dua pil perancangan kehamilan untuk lelaki sudahpun berjaya menjalani proses ujian klinikal fasa pertama dengan reaksi yang positif.

Kurangkan Sperma, Pil Perancang Kehamilan Untuk Lelaki Yang Bakal Dipasarkan

Pil yang diberi nama DMAU dan 11β-MNTD adalah dari kelas ubatan yang dipanggil progestogenic androgen. Ia mengurangkan tahap testosteron dalam tubuh pengambilnya. Penurunan tahap testosteron akan mengurangkan jumlah sperma yang seterusnya mengurangkan kebarangkalian kehamilan.

Sebanyak 96 peserta menyertai kajian ini dengan 75% berkata mereka tiada isu untuk meneruskan pengambilannya. Beberapa pil perancang kehamilan berasaskan testosteron pernah diuji sebelum ini tetapi menyebabkan kesan sampingan kepada pengambilnya. Dengan reaksi positif dari peserta, masa depan pil perancang kehamilan ni dipasarkan kepada umum semakin meningkat.

pil kehamilan lelaki

Sebelum ini ujian pil perancang kehamilan untuk lelaki berjaya diuji pada tikus makmal. Sebatian YCT529 yang digunakan merencatkan penghasilan sperma pada zakar sekaligus menghasilkan kemandulan sementara. Penghasilan sperma kembali normal 6 minggu selepas pengambilan YCT529 dihentikan. – Sumber

Baca: [Video] Budak Lelaki Raba, Cium Punggung Penunggang Wanita Terima Padah

Influencer Seksi Thai Mati Tercekik Satay Babi

Mempunyai Keinginan Pelik Wanita Ini Ingin Berkahwin Dengan Diri Sendiri

Share This Story

Berita Berkaitan