Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Laman Web Ini Dedah Rahsia Bagaimana Data Peribadi Rakyat Malaysia Di Bocorkan

Laman Web Ini Dedah Rahsia Bagaimana Data Peribadi Rakyat Malaysia Di Bocorkan

Laman Web Ini Dedah Rahsia Bagaimana Data Peribadi Rakyat Malaysia Di Bocorkan. Laman berkenaan menggunakan OSINT (open-source intelligence) iaitu sebuah alatan yang mengumpul data-data daripada sumber terbuka dan percuma sebelum ia dikongsikan kepada pengguna yang mahukannya.

Sejak kebelakangan isu mengenai kebocoran data rakyat Malaysia antara topik yang sering diperbahaskan oleh netizen khususnya golongan pakar IT.

Terbaharu, seorang pengguna Twitter mendedahkan kewujudan sebuah laman web yang didakwa dapat memberikan sesiapa sahaja maklumat atau dapat peribadi rakyat Malaysia dengan begitu mudah.

Lebih mengejutkan apabila pengguna tersebut, @Radz1112 mendakwa laman berkenaan yang menggunakan data dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang bocor sebelum ini boleh ditemui dalam clearnet iaitu melalui carian di Google tanpa perlu mengunakan dark web.

Menurut pengguna ini lagi, laman berkenaan menggunakan OSINT (open-source intelligence) iaitu sebuah alatan yang mengumpul data-data daripada sumber terbuka dan percuma sebelum ia dikongsikan kepada pengguna yang mahukannya.

Hanya perlu maklumat ringkas seperti nama penuh dan tahun lahir (YOB)

Tambah pengguna ini, hanya dengan memberikan maklumat ringkas seperti nama dan tarikh lahir (DOB) orang ramai sudah boleh mengakses data peribadi mana-mana rakyat Malaysia yang mereka mahukan.

Malah menerusi percubaannya juga, maklumat asas itu sudah cukup untuk membuatkan orang ramai mengetahui info lanjut mengenai individu yang dicari antaranya sebahagian daripada nombor kad pengenalan, kewujudan nombor pengenalan anggota keselamatan (sekiranya dia bekerja dengan polis atau tentera).

https://twitter.com/Radz1112/status/1535710224170074112?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1535710224170074112%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_c10&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.buzzkini.com%2Ftrending%2F2022%2F06%2F13%2Fhanya-perlukan-nama-tahun-lahir-laman-web-ini-didakwa-mampu-bocorkan-data-peribadi-rakyat-malaysia%2F

Boleh dapat maklumat penuh jika sanggup bayar

Tambahnya lagi, orang ramai juga hanya perlu membayar kepada laman berkenaan sekiranya mereka mahu mendapatkan lebih banyak maklumat seperti yang nombor MyKad atau maklumat yang terdapat dalam aplikasi MySejahtera.

“Apa yang kalian perlukan hanyalah nama seseorang dan mungkin tahun kelahirannya, dan anda boleh mengesahkan bahawa mereka bekerja untuk polis dan/atau tentera Malaysia. Pertahanan negara kita kini diganggu,” katanya.

Sehubungan itu, pengguna ini mencadangkan agar orang ramai memilih jalan selamat dengan tidak mendedahkan identiti mereka secara terbuka di media sosial.

Antara perkara yang menurutnya patut dirahsiakan adalah nama sebenar, tarikh lahir, negeri kelahiran dan nombor plat lesen dalam media sosial.

Carian kami mendapati laman berkenaan sudah pun dipadamkan. Namun kami berjaya menemukan laman asal yang mirip dengan apa yang dikongsikan pengguna ini.

scam

Miliki info rakyat Malaysia yang lahir dari tahun 1942 hingga 2004

Menerusi semakan sama, mereka juga didakwa berupaya menyalurkan data peribadi rakyat Malaysia yang lahir bermula dari tahun 1942 hinggalah tahun 2004.

scam

Baca: Influencer Seksi Thai Mati Tercekik Satay Babi

Bekas ‘Playgirl’ Bertemu Pilihan Hati Setelah Tinggalkan 10 Lelaki Lain

“Aku nak tanya, kau pernah tak bersetubuh dengan perempuan?” Surat Murid Perempuan Ajak Bersetubuh

Share This Story

Berita Berkaitan