Lelaki Tikam Rakan Wanita Hingga Mati Tak Sebab Tak Berhenti Menyanyi Sampai Ke Subuh, . Seorang lelaki di Indonesia telah ditahan polis selepas didakwa membunuh rakan perempuannya hanya kerana mangsa enggan berhenti menyanyi.
Mangsa datang ‘lepak’ di rumah suspek
Memetik laporan Kompas.com, insiden cemas tersebut dipercayai berlaku ketika suspek sedang beristirehat di rumah bersama dua lagi rakannya sebelum dihubungi oleh mangsa. Pada awalnya, mangsa yang merupakan seorang wanita berusia 39 tahun itu dikatakan telah menghubungi salah seorang rakan suspek untuk berkumpul bersama mereka tetapi ditolak.
Namun tidak lama selepas itu, suspek secara tiba-tiba merampas telefon rakannya itu dan memberitahu mangsa bahawa dia boleh berkumpul bersama mereka. Setibanya di rumah suspek, mangsa terus membuka telefon bimbitnya dan menyanyi sambil diiringi lagu dari aplikasi Youtube.
Suspek ‘ugut’ nak tikam
Suspek kemudian meminta mangsa berhenti menyanyi memandangkan sudah masuk waktu subuh tetapi larangannya itu tidak diendahkan oleh mangsa. Suspek dalam keadaan berang sekali lagi memberi amaran kepada mangsa, sekiranya dia enggan menuruti, dia akan ditikam. Mangsa kemudian mengatakan bahawa dia langsung tidak berasa takut dan mencabar suspek menikamnya.
Kemudian suspek berlari ke dapur dan datang semula dengan membawa sebilah pisau dapur sebelum segera menikam mangsa di pinggang kiri. Selepas itu, suspek terus melarikan diri menggunakan motosikal.
Mangsa yang mengalami kecederaan parah telah dibantu oleh rakan-rakannya sebelum dikejarkan ke hospital. Namun belum sempat tiba di hospital, mangsa disahkan meninggal dunia. Suspek akhirnya berjaya ditahan pihak polis dan motif kejadian hanyalah disebabkan salah faham. Suspek akan didakwa di mahkamah dan jika didapati bersalah, dia bakal berhadapan dengan hukuman penjara selama tujuh tahun.
Baca: Berhala Biru Di Arab Saudi, Terima Kecaman Netizen, “Menyimpang Dari Ajaran Islam Sebenar”
Jepun Bakal Luluskan Undang-undang Gugurkan Kandungan
Tinggal di bangsal buruk, pasangan hidup susah bersama tiga anak