Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Marah Setelah Lamaran Ditolak, Gadis Ini Dibunuh Dengan Kejam

Marah Setelah Lamaran Ditolak, Gadis Ini Dibunuh Dengan Kejam

Dalam perhubungan yang berkait dengan perasaan hati antara lelaki dan perempuan pastinya salah seorang ada yang bertepuk sebelah tangan.

Namun jika pun begitu salah satu pihak perlulah menerima kenyataan dengan hati terbuka tanpa bertindak meluluh yang merugikan diri sendiri.

Gara-gara cinta ditolak, seorang lelaki hilang kewarasan apabila bertindak membunuh gadis yang dicintainya dalam satu kejadian di sebuah universiti di Mesir, pagi Isnin.

Memetik laporan Egypt Independent, suspek didakwa menyerang mangsa di hadapan pintu pagar universiti yang sewaktu itu dalam perjalanan ke perhentian bas untuk pulang ke rumahnya di wilayah Gharbeya.

Difahamkan, suspek yang juga pelajar jurusan seni tahun tiga itu didakwa ‘menyembelih’ mangsa dengan pisau ketika orang ramai cuba menghalangnya daripada melakukan perbuatan tersebut.

Bagaimanapun, dia hanya berjaya ditangkap oleh pengawal keselamatan dan beberapa orang awam setelah bertindak agresif dengan cubaan untuk menamatkan riwayat gadis berkenaan.

Marah Setelah Lamaran Ditolak, Gadis Ini Dibunuh Dengan Kejam

Menurut saksi, suspek bengang kerana lamaran untuk mengahwini mangsa ditolak sebelum mengambil keputusan membalas dendam selain pernah mengugut bagi membunuh mangsa sebelum ini.

Mangsa dibawa ke hospital dalam keadaan kritikal, namun meninggal dunia sebelum tiba untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

Kejadian itu tular dalam kalangan warganet negara terbabit yang meluahkan rasa simpati terhadap mangsa serta berharap suspek mendapat hukuman setimpal.

SUMBER : Egypt Independent, Twitter

Share This Story

Berita Berkaitan