Usahawan selebriti Mawar Karim menafikan dirinya telah mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan dari Perlis yang dikenali sebagai Datuk Z.
Menurut laporan Harian Metro, usahawan berusia 33 tahun itu berkata, perkara itu masih dalam perancangan apatah lagi perlu memikirkan penerimaan anak perempuannya.
“Insya-Allah, kita dalam proses (kahwin). Perancangan itu ada, doa yang terbaik. Apa pun perancangan Allah yang tentukan. Bila tu tak tahu lagi. Mungkin bulan Disember, Januari.
“Anak pun okay, sebab ada proses mengenali. Nak perkenalkan calon, dia orang biasa saja. Saya pun jarang kongsi cerita peribadi di media sosial. Saya kongsi kerjaya saja,” katanya.
Usahawan jenama tudung Fareeda itu berkata, kriteria penting adalah bakal suaminya boleh menerima kehadiran anaknya termasuk dari segi keserasian.
“Umur, beza lebih 10 tahun. Ciri-ciri, yang penting penerimaan anak saya. Sebab kiranya pakej lah, ada anak saya sekali ‘one plus one’. Sebab tak semua orang boleh terima.
“Jadi apa yang penting berkat doa mak, doa saya sendiri, keserasian anak, itu sangat penting. Keluarga pun tahu. Saya doakan yang terbaik,” ujarnya.
Sebelum ini, terdapat sumber mendakwa Mawar sudah kembali bergelar isteri dengan melangsungkan perkahwinan di Bukit Tinggi, Pahang pada tiga bulan lalu.
Baca: Akhirnya Ustaz Kazim Elias dedah 6 individu yang menyihir beliau
Jangan lakukan seks selama lapan minggu bantu elak sebar virus Cacar Monyet