Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Mayat Pesakit Mental Jadi Ringan Dan Berbau Wangi, Lelaki Ini Berkongsi Cerita Urus Pengebumian

Mayat Pesakit Mental Jadi Ringan Dan Berbau Wangi, Lelaki Ini Berkongsi Cerita Urus Pengebumian

Jenazah 100KG Jadi Ringan Dan Berbau Wangi, Lelaki Ini Berkongsi Cerita Urus Pengebumian. Hari ini rutin harian Haikal agak sibuk, dari pagi hingga ke petang sudah lima jenazah dia uruskan untuk upacara pengebumian.

kisahmalaysia

Keadaan mayat amat teruk kerana terlibat dalam kem4langan langgar lari. Baru sahaja ingin berlalu ke kereta, tiba-tiba rakan sekerja meminta bantuan Haikal, satu lagi jenazah yang baru tiba.

Urus Jenazah Tanpa Waris

Biar pun lelah, Haikal cuba melawan perasaannya. Lagi pun memang ini tanggungjawabnya dalam menguruskan jenazah yang tidak mempunyai waris. Sudah hampir 10 tahun dia bergelumang dengan bidang tugas ini.

Selain Haikal, dia turut dibantu oleh beberapa staf pejabat agama yang lain. Tanpa berlengah, setibanya di hospital, Haikal terus ke bilik mayat dan mengambil mayat tadi untuk diuruskan.

Melihat keadaan mayat, Haikal jatuh kasihan kerana terdapat banyak luka dan kesan jahitan kerana mangsa dipercayai dilanggar sebuah lori. Maklumlah dia pesakit mental, pemandu lori tersebut meninggalkan dia begitu sahaja.

Badannya yang tegap dan gemuk membuatkan badannya kelihatan amat bengkak. Segala urusan berlangsung seperti biasa, setelah selesai mandi seterusnya jenazah dikapankan sempurna. Tiada perkara di luar dugaan berlaku.

Luar Biasa

Allah itu Maha Besar. Ketika mahu mengangkat jenazah ke kereta jenazah, satu kejadian luar biasa berlaku. Mulanya Haikal memarahi orang yang tidak bertanggungjawab yang memakir kenderaan betul-betul di depan bilik mayat. Situasi ini membuatkan mereka perlu mengangkat jenazah hampir 200 meter untuk sampai ke van jenazah.

Tetapi saat diangkat menggunakan pengusung, Haikal jadi keliru. Mana tidaknya, jen4zah yang mungkin beratnya hampir 100 kilogram, teras cukup ringan, umpama daun kering. Tetapi Haikal hanya mendiamkan diri.

Jenazah Terlalu Ringan

Seterusnya setibanya di tanah perkuburan, tanpa membuang masa Haikal dan rakan-rakannya mengangkat jenazah ke kuburan. Masih sama, jenazah sangat ringan seolah-olah tidak mengangkat apa-apa. Biar pun jenazah dikebumikan selepas maghrib tetapi keadaan malam itu seolah-olah terang-benderang.

Mayat Pesakit Mental Jadi Ringan Dan Berbau Wangi, Lelaki Ini Berkongsi Cerita Urus Pengebumian

Paling ketara ketika menurunkan jenazah ke liang lahad, bauan harum menerpa seluruh kawasan tanah perkuburan. Masing-masing yang datang kelihatan takjub dengan segala yang berlaku. Mungkin ketika di dunia, almarhum diuji Allah kerana mengidap penyakit mental.

Pengakhiran lelaki ini cukup indah sekali apabila mayatnya menjadi terlalu ringan dan liang lahadnya berbau harum. Masya-Allah.

Benarlah orang g1la atau pesakit mental ini tiada dosa kerana gugur dari segi syarak. Sudah tentu segala keistimewaan ini Allah kurniakan pada yang berhak.

Sumber: Realiti Insan

Baca: Anak Lembu Berkepala Dua Dengan Tiga Mata Gemparkan Penduduk

Lebih 1000 Mangsa Scammer Ditawar Kerja Di Luar Negara

Sebar Video Lucah Pasangan Ini Disebat 20 Kali

Share This Story

Berita Berkaitan