Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Mayat Wanita Ditemui Mati Bawah Jejantas

Mayat Wanita Ditemui Mati Bawah Jejantas

Seorang wanita warga asing ditemui mati di tepi tangga bawah jejantas menghala ke pusat beli belah, Melawati Mall dalam kejadian pada awal petang tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 2.15 petang tadi.

Mayat Wanita Mati

“Mangsa merupakan seorang wanita warga asing berusia 43 tahun ditemui dalam keadaan terbaring di tepi tangga bawah jejantas.

“Hasil pemeriksaan polis turut menemui beg pinggang mangsa bersama dokumen dan pasport serta pelbagai jenis ubat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, pegawai perubatan dari Hospital Ampang mengesahkan wanita terbabit telah meninggal dunia manakala hasil pemeriksaan badan mangsa mendapati tiada kecederaan berunsur jenayah.

Tambahnya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Ampang bagi tujuan bedah siasat. – KOSMO! ONLINE

Baca: [Video] Seorang Ibu Sanggup Ikat Dan Jemur Anak Di Bumbung Rumah Disebabkan Tidak Siap Kerja Sekolah,

Mempunyai Keinginan Pelik Wanita Ini Ingin Berkahwin Dengan Diri Sendiri

Jalan Berlubang, Rider Luar Negara ‘Sound’ Kerajaan Malaysia

Share This Story

Berita Berkaitan