Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Nak Berjimat Sangat Lampin Anak Lebih 200 gram Baru Boleh Tukar

Nak Jimat Sangat, Lampin Anak Lebih 200gram Baru Boleh Tukar

Nak Berjimat Sangat Lampin Anak Lebih 200 gram Baru Boleh Tukar. Membesarkan anak bukanlah sesuatu yang mudah, lagi-lagi daripada segi kewangan memandangkan harga barang yang semakin meningkat zaman kini.

Demi berjimat, sepasang suami isteri mengambil inisiatif untuk ‘menimbang’ lampin bayi mereka, dan lampin tersebut hanya boleh ditukar sekiranya mencecah berat yang ditetapkan.

Menerusi satu perkongsian di laman Tiktok milik pengguna @rudidemaio, seorang bapa dilihat tidak berpuas dengan isterinya yang menukar lampin bayi mereka yang baginya masih ‘ringan’. Dia dilihat meletakkan lampin tersebut ke atas alat penimbang, dia ianya ditimbang seberat 100gram.

Nak Jimat Sangat, Lampin Anak Lebih 200gram Baru Boleh Tukar

Di kapsyen perkongsian tersebut, pemilik video menulis bahawa si emak hanya boleh menggantikan lampin bayi sekiranya berat lampin melebihi 200 gram.

Sudah cakap kena tunggu sampai 200 gram baru ganti pampers baru, tapi setiap kali belum 100 gram sudah ganti… boros betul. Nak ganti isteri…

Pepatah mengatakan… jimat itu pangkal kaya, tapi bukan nak jimat sangat sampai jadi kedekut

https://www.tiktok.com/@rudidemaio/video/7104267759156006170?is_from_webapp=1&sender_device=pc

Sejak dimuat naik, video berdurasi 14 saat itu meraih lebih 2 juta tontonan. Menjengah ke ruangan komen, cara penjimatan bapa kepada bayi itu ternyata mendapat reaksi berbeza daripada netizen yang berpendapat bahawa cara itu kurang sesuai kerana penjagaan lampin bayi adalah penting dalam aspek kebersihan dan kesihatan kulit bayi.

Baca: Suami Terpaksa Tinggalkan Jenazah Isteri Di Rumah Sebab Tiada Wang

Berhala Biru Di Arab Saudi, Terima Kecaman Netizen, “Menyimpang Dari Ajaran Islam Sebenar”

Jepun Bakal Luluskan Undang-undang Gugurkan Kandungan

Share This Story

Berita Berkaitan