Pak Guard menyamar Pegawai Tentera Sebab Nak Pikat Janda. Seorang pengawal keselamatan telah ditahan polis setelah menyamar menjadi pegawai tentera dan menceroboh masuk ke dalam kem tentera kerana dikatakan ingin memikat seorang wanita yang berpangkat anggota tentera bergelar janda.
Memetik laporan Kosmo, perbuatan tersebut telah memakan diri apabila suspek yang berusia 27 tahun itu diberkas di rumahnya di Rumah Rakyat Sungai Layang, Rembau, Negeri Sembilan petang semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab Wahab, dalam serbuan 5.50 petang itu pihaknya telah merampas pakaian seragam tentera berserta aksesori antaranya senjata ‘airsoft’, beg yang mempunyai logo pasukan keselamatan dan sepasang gari.
Tambah polis lagi, suspek juga didapati telah menyamar sebagai pegawai berpangkat kolonel dalam Pasukan Gerakan Khas, Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Siasatan pihak polis juga mendedahkan suspek yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di Pedas telah berkenalan dengan seorang janda yang berkhidmat sebagai tentera di kem tersebut pada tahun 2018 lalu.
Jelas polis lagi, suspek juga telah membeli pakaian seragam daripada seorang anggota tentera yang lari daripada tugas.
Kes ini disiasat di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam. – KOSMO
Hasil soal siasat, lelaki tersebut mengaku terbabit dalam kes menyamar sebagai pegawai tentera di Kem Batalion Kedua, Rejiman 508, Askar Wataniah, Kem Tampin di sini.
Suspek melakukan kesalahan itu pada 8 Disember 2018.
Baca: Tinggal di bangsal buruk, pasangan hidup susah bersama tiga anak
Pengedar Dadah Pertaruh Isteri Dan Anak, Langgar Kereta Polis
Akhirnya Ustaz Kazim Elias dedah 6 individu yang menyihir beliau