Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Penyanyi ‘Terlalu Istimewa’ Adibah Noor Meninggal Dunia

Penyanyi 'Terlalu Istimewa' Adibah Noor Meninggal Dunia

Penyanyi lagu Terlalu Istimewa, Adibah Noor, 52, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Gleneagles dipercayai akibat penyakit kanser ovari tahap empat, jam 7.45 petang ini.

Berita duka disahkan rakan artis, Datin Emylia Rosnaida yang juga isteri kepada Datuk AC Mizal menerusi laman Facebook.

“Ya, betul arwah baru sahaja meninggal dunia di hospital sebentar tadi,” katanya yang dalam perjalanan ke pusat perubatan swasta itu.

Mengikut sumber, arwah menghidap kanser ovari dan kini sudah berada pada tahap empat, namun, merahsiakannya.- Berita Harian

Baca: Caj RM0.50 Untuk MyDebit Cash Out Bermula 1 Julai 2022

5 Benda Ini Sepatutnya Patut Ada Di Dalam Kereta Pada Tahun 2022

Gaji RM1000 Juga Mampu Beli Rumah Di Bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan (SKJP). Ini Cara Memohon

Share This Story

Berita Berkaitan