PROMOSI !! Jualan Clearance Stok Barangan APPLE, Iphone Serendah RM769. Machines, salah satu pengedar sah produk Apple di Malaysia akan mengadakan Jualan Pembersihan Gudang mereka pada hujung minggu ini. Pelbagai produk Apple dan aksesori berkaitan, akan dijual pada harga yang jauh lebih murah daripada kebiasaan.
Jualan Gudang Machines kali ini akan diadakan Sunway Clio Exhibition Centre di Sunway Pyramid, dari 17 Jun sehingga 19 Jun 2022.
Bagaimanapun, jualan ini terbuka pada umum hanya pada hari Sabtu dan Ahad, 18 & 19 Jun. Pada hari Jumaat 17 Jun 2022, ia dibuka kepada ahli Machines+ sahaja. Ini memberikan ahli sehari lebih awal membeli-belah di jualan gudang ini.
Apa maksud Demo, Open Box dan Clearance?
Pelbagai produk Apple dijual dalam jualan gudang Machines ini, tetapi anda perlu mengetahui tentang label yang terdapat pada setiap produk yang dijual. Ada yang ditandakan Demo, Open Box dan Clearance.
Menurut soalan lazim FAQ, semua produk yang ditawarkan dalam jualan gudang ini dijual tanpa sebarang jaminan daripada Machines. Unit Demo pula tiada langsung sebarang jaminan, termasuk daripada pengeluar. Setiap produk yang dijual juga tidak boleh dipulangkan, ditukar ganti serta tiada wang dikembalikan.
Bunyi macam menakutkan kerana tiada sebarang jaminan, tetapi harga yang ditawarkan memang sangat murah. Jadi pilihan di tangan anda untuk mendapatkan produk Apple murah tanpa jaminan, atau harga biasa dengan jaminan.
Produk yang ditawarkan
Antara tawaran menarik yang terdapat dalam jualan gudang Machines nanti adalah:
Apple Watch
Apple Watch SE GPS 40mm Space Gray Aluminium Case Only – Demo – RM699
Apple Watch SE GPS 40mm Space Gray Aluminium Case Only – Demo-New – RM749
Apple Watch Series 5 GPS + Cellular 40mm Silver Aluminium Case Only (Demo) – RM799
Apple Watch Series 6 GPS + Cellular 40mm PRODUCT(RED) Aluminium Case Only – Demo – RM1,099
Apple Watch Nike+ SE GPS 40mm Silver Aluminium Case With with Pure Platinum/Black Nike Sport Band (Clearance) – RM999
Apple Watch SE GPS + Cell 44mm Gold Aluminium Case with Plum Sport Loop (Clearance) – RM1,499
Apple Watch SE GPS 40mm Gold Aluminium Case with Pink Sand Sport Band (Clearance ) – RM999
Apple Watch SE GPS 44mm Silver Aluminium Case with White Sport Band (Clearance) – RM1,199
Apple Watch Series 5 GPS + Cell 44mm Space Grey Aluminium Case with Black Sport Band – S/M & M/L (Clearance) – RM1,599
Apple Watch Series 6 GPS + Cell 40mm Graphite Stainless Steel Case with Black Sport Band (Clearance) – RM1,999
Apple Watch Series 6 GPS + Cell 44mm Space Grey Aluminium Case with Black Sport Band (Clearance) – RM2,049
iPhone
iPhone 7 Plus 128GB (Black) Demo – RM769
iPhone SE 64GB (Black) – Demo – RM999
iPhone XR 64GB (Black) – Demo – RM999
iPhone X 64GB (Space Grey) – Demo – RM1,699
iPhone XS 256GB (Space Grey) Clearance – RM1,399
iPhone 11 64GB (PRODUCT)RED – Demo – RM1,079
iPhone 12 64GB (PRODUCT)RED – Demo – RM1,999
iPhone 12 mini 64GB (Black) – Demo – RM1,739
iPhone 12 mini 64GB (Black) – Demo New – RM2,399
iPhone 12 64GB (Blue) – Demo – RM1,999
iPhone 12 Pro 128GB (Gold) – Demo – RM2,639
iPhone 12 Pro Max 128GB (Graphite) – Demo – RM2,929
Selain peranti, Machines juga ada menawarkan aksesori pada harga lebih murah. Ia termasuk casing iPhone, tali jam Apple Watch, pelindung iPad, beg sandang, powerbank, fon telinga dan pembesar suara.
Machines menerima pembayaran menggunakan tunai, kad debit/kredit Visa, Mastercard dan Amex. Tambah Machines, mereka tidak membuka pendaftaran keahlian Machines+ dan pembaharuan keahlian di pusat jualan nanti. Jika mahu mendaftar atau membaharui keahlian, dinasihatkan untuk membuatnya di cawangan Machines lebih awal.
[Video] Padah ‘dating’ dengan isteri orang, lelaki kene pukul hingga terkulai – SEORANG lelaki dengan lagak mat romeo seolah-olah mendapat pengajaran berguna apabila dipukul beramai-ramai selepas didakwa dicekup keluar bersama... Read more
[Video] Pelakon pandu melulu hingga kekasih tercampak keluar – Seorang pelakon lelaki ditahan selepas dikesan memandu secara melulu hingga menyebabkan kemalangan di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), petang semalam. Rakaman... Read more
Ulat berlegar dalam kicap, kecewa dengan kebersihan Sushi King – Sushi king merupakan antara restoran pilihan ramai untuk menikmati sushi dan boleh dikatakan banyak cawangan Sushi King di Malaysia memudahkan... Read more
‘Wasiat’ Sajat sebelum mati ini betul-betul buat netizen tepuk dahi. Sebut sahaja nama Sajat pasti orang awam mengenalinya sebagai usahawan kosmetik atau transgender terkenal dan telah berhijrah ke Australia kerana... Read more
Wanita m4ut ‘dilanyak’ gajah di Pahang. Seorang wanita Orang Asli maut akibat dipijak kawanan gajah liar di Kampung Simoi Baru, Pos Betau di sini pada awal pagi hari ini. Akibat... Read more