Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Sebar Video Lucah Pasangan Ini Disebat 20 Kali

gambar lucah tersebar

Sebar Video Lucah Pasangan Ini Disebat 20 Kali. Gara-gara video lucah tersebar di media sosial, satu pasangan kekasih di Ghana dilaporkan telah diikat pada sebatang kayu sebelum disebat sebanyak 20 kali.

Memetik laporan Daily Star, tindakan menangkap dan menghukum pasangan berkenaan dibuat sendiri oleh penduduk bandar Wa, berikutan video lucah tersebut yang dikatakan mencemarkan nama baik bandar tersebut. Bukan itu sahaja, foto pasangan kekasih ini yang diikat pada tiang berbeza di sekitar halaman Istana Wa Naa turut viral di media sosial.

Sebar Video Lucah Pasangan Ini Disebat 20 Kali

Bercerita lebih lanjut, pasangan ini dikatakan telah diarak ke istana bagi penghakiman namun Wa Naa (Raja orang Wala) tidak menghadirkan diri sehingga menyebabkan penduduk tempatan menjatuhkan hukuman 20 sebatan ke atas pasangan itu.

Bagaimanapun Wa Naa atau Na Fuseini Seidu Pelpuo IV mendakwa dirinya membenarkan hukuman tersebut dilakukan bagi membentuk disiplin dalam kalangan anak-anak muda. – Daily Star

Baca: Kerja Biasa-Biasa, Pemuda Ini Mampu Jana RM12000 Dalam 3 Bulan

Warga Emas Maut Dalam Kebakaran Di Melaka

‘Book of the Dead’ Sepanjang 9 Meter Ditemui Di Mesir

Share This Story

Berita Berkaitan