Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Selepas 10 Bulan Nikah, Isteri Baru Tahu ‘Suami’ nya itu Seorang Perempuan

Selepas 10 Bulan Nikah, Isteri Baru Tahu 'Suami' nya itu Seorang Perempuan

Selepas 10 Bulan Nikah, Isteri Baru Tahu ‘Suami’ nya itu Seorang Perempuan. Mawar (nama samaran), wanita di Jambi, Indonesia terkejut apabila ‘suami’ yang dikahwininya selama 10 bulan sebenarnya merupakan seorang perempuan. Mengetahui hal tersebut apabila isu pemalsuan sijil ijazah kolej ‘suaminya’ itu.

Menurut Detik, Mawar telah tinggal bersama-sama suaminya lebih kurang 10 bulan. Semasa perbicaraan, Mawar berkata bahawa dia sama sekali tidak mengesyaki suaminya itu merupakan seorang wanita. Malah, dia percaya bahawa suaminya itu merupakan seorang lelaki tulen dan bekerja sebagai doktor.

“Pada awalnya, dia mengaku sebagai seorang doktor secara profesion dan memiliki banyak kelulusan ijazah akademik serta melanjutkan pelajaran di luar negara dengan biasiswa dari lima fakulti sekaligus,” jelasnya dalam sidang perbicaraan tersebut, lapor detik.

Mawar juga berkata, pada awal perkenalan mereka bermula dengan satu aplikasi dating. Ketika itu, panampilan suaminya itu layaknya seorang lelaki yang tinggal di Kabupaten Lahat, Indonesia.

Selain itu, perkenalan mereka berdua juga dianggap singkat dengan suaminya yang sebenarnya perempuan dengan nama Eryani. Mereka berdua hanya mengambil masa selama dua minggu untuk saling mengenali antara satu sama lain.

Ketika itu, Eryani yang kini didakwa atas tuduhan penipuan ijazah kolej datang dari Lahat, Sumatera Selatan datang ke rumah Mawar. Pada awalnya dia hanya tinggal di rumah penginapan dan bertemu dengan Mawar diluar sebelum sempat menginap di rumah wanita tersebut selama seminggu.

Sepanjang berada di rumah Mawar, dia juga dikatakan sangat berkelakuan baik. Kerana mengaku dengan bekerja doktor, Mawar juga sempat meminta Eryani membantu menjaga ibu bapanya yang sedang sakit ketika itu.

“Sempat merawat ayah saya yang akhirnya saya percaya bahawa dia itu seorang doktor. Dia lakukan pemeriksaan ke atas ayah saya dan mencadangkan ubat-ubatan, saya cuma beli. Datang ke rumah, benda pertama yang dia buat check kesihatan orang tua saya dulu,” jelasnya lagi, lapor Detik.

Mawar kemudian diminta untuk melaksanakan pernikahan tidak berdaftar (nikah siri) oleh wanita itu selepas menerima nasihat daripada keluarga Mawar dan ibu bapa angkat Eryani yang hanya berhubung melalui telefon.

Mawar mengaku bahawa di telah dinikahkan oleh Imam Sarwono yang juga bertindak sebagai wali hakim kerana ayahnya tidak dapat hadir atas faktor kesihatan ketika itu begitu juga dengan ibunya. Bermakna, kedua ibu bapa Mawar tidak menyaksikan perkahwinan mereka.

Sepanjang perkahwinan itu, Mawar kerap kali bertanya tentang identiti suaminya itu, namun dia sering kali mengelak dan memberi pelbagai alasan untuk menutup identiti sebenarnya.

Mawar juga mengaku bahawa dia tidak pernah berhubung dengan keluarga kandung suaminya. Dia hanya dibawa ke Lahat untuk bertemu dengan ibu bapa angkatnya dan tinggal di sana selama sebulan. Semasa menumpang di rumah ibu bapa angkat suaminya, Mawar tidak dibenarkan berinteraksi.

Mengenai profesionnya sebagai seorang doktor, Mawar sering bertanya hal itu kepada suaminya, namun suaminya sering saja mengelak dari menjawab pertanyaan itu. Mawar mengaku bahawa ketika bertemu dengan suaminya, dia bekerja sebagai doktor dan baru sahaja tamat pengajian di sebuah universiti di New York.

Mawar mendapat tahu suaminya itu sebenarnya seorang wanita ketika mereka kembali ke Jambi setelah melarikan diri ke Kabupaten Lahat Sumsel. Malah ketika itu, ibunya juga telah melaporkan hal tersebut kepada pihak berkuasa atas pemalsuan ijazah yang akhirnya didakwa ke mahkamah di Jambi.

Ibu Mawar memaksa Ahnaf Arrafif atau nama sebenarnya Eryani untuk membuktikan jantinanya. Setelah dibuktikan, benarlah bahawa dia sebenarnya seorang wanita dari kelamin yang dia ada. – Sumber

Baca: Haruan Makan Anak, Rogol Anak Sejak 12 Tahun, Warga Emas Di Tahan

[Video] “Punggung Siapa Yang Paling Mencengkam Sekali” Selebriti Main Tepuk-tepuk Bont*t Terima Kecaman Netizen

Gara-Gara Tidak Belikan Motosikal, Suami Sanggup Jerut Leher Isteri Sampai Mati

Share This Story

Berita Berkaitan