Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Sosok Misteri Dirakam CCTV Di Zoo Cetus Pelbagai Teori Netizen

sosok misteri cctv zoo

Sosok Misteri Dirakam CCTV Di Zoo Cetus Pelbagai Teori Netizen. Penduduk dilaporkan gempar mengenai penampakan makhluk ‘pelik’ persis manusia yang dilihat di luar zoo tempatan di bandar Amarillo, Texas, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Memetik laporan CBS News, pihak berkuasa di bandar itu telah memohon bantuan orang ramai untuk mengenalpasti ‘makhluk misteri’ tersebut.

Menerusi ciapan yang dimuat naik di Twitter, gambar yang memaparkan makhluk tersebut dipercayai telah diambil pada awal pagi 21 Mei yang lalu.

Sosok Misteri Dirakam CCTV Di Zoo Cetus Pelbagai Teori Netizen

“Adakah ia orang yang memakai topi pelik, yang suka berjalan pada waktu malam atau Chupacabra?,” kata pihak berkuasa bandar itu.

Sementara itu, pengarah jabatan taman dan rekreasi bandar Amarillo, Michael Kashuba berkata bahawa penampakan itu dapat dilihat menerusi rakaman CCTV yang menghadap kawasan terbuka taman di luar zoo itu.

“Tiada sesiapa yang tahu apa makhluk itu. Disebabkan itu kami memutuskan untuk mendedahkannya kepada penduduk di bandar ini bagi mengenalpastinya,” katanya.

Susulan pendedahan itu, netizen telah menyatakan pelbagai teori mengenainya termasuk mendakwa bahawa ia adalah ‘Skinwalker’ iaitu makhluk mitologi dalam tradisi Navajo yang boleh berubah menjadi haiwan.

“Jelas sekali ‘Skinwalker’ tersebut melintasi antara dua dimensi dan dapat dilihat di zoo tersebut,” kata salah seorang warganet.

Tidak kurang juga ada yang menyatakan bahawa ia hanyalah serigala dan bukannya suatu misteri yang perlu diperbesarkan. Tiada haiwan atau manusia yang mengalami kecederaan di zoo pada ketika itu. – Sumber: CBS News

Baca: [Video] Budak Lelaki Raba, Cium Punggung Penunggang Wanita Terima Padah

Influencer Seksi Thai Mati Tercekik Satay Babi

Ingin Kekal Cantik, Kim Kardashian Sanggup Makan Najis

Share This Story

Berita Berkaitan