Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Suami Terpaksa Tinggalkan Jenazah Isteri Di Rumah Sebab Tiada Wang

Suami Terpaksa Tinggalkan Jenazah Isteri Di Rumah Sebab Tiada Wang

Seorang suami di Kota Mojokerto, Jawa, Indonesia terpaksa keluar meninggalkan jenazah isterinya sendirian di rumah kerana mahu meminjam duit untuk membayar kos pengebumian.

Lelaki berkenaan, Dedy, dilaporkan berbuat demikian kerana didakwa tiada wang dan satu-satunya jalan untuk mendapatkannya adalah dengan meminjam.

Pada awalnya, isterinya Indah Kusaeni, 30, menderita penyakit beguk sejak sekian lama dan difahamkan, Indah hanya terdampar sakit di rumah mereka.

Bagaimanapun derita Indah ‘berakhir’ apabila dia disahkan meninggal dunia di rumah tersebut. Tubuhnya yang terbujur kaku itu diratapi Dedy selepas suaminya itu pulang dari kerja.

“Indah meninggal dunia sejak kelmarin, tapi jenazahnya sampai hari ini masih berada di dalam bilik dalam keadaan sudah dimandikan dan dikapankan.

“Jasad Indah masih belum dikebumikan kerana Dedy sibuk mencari wang untuk menempah perkhidmatan ambulans,” jelas jiran Dedy, Damayanti, memetik laporan Kompas.

Berjam-jam tinggalkan jenazah sebab sibuk uruskan perkuburan & cari duit

Difahamkan, Dedy keluar untuk mencari lokasi tanah perkuburan pada pukul dua petang dan kembali semula pada sembilan pagi berikutnya. Kemudian dia keluar semula untuk mencari wang pinjaman dan ambulans.

Namun pemergian Dedy yang tidak pulang ke rumah berjam-jam lamanya selepas itu menimbulkan rasa curiga jiran-jirannya, lalu mereka menghubungi pihak polis.

Bagaimanapun akhirnya Dedy tiba juga ke rumah pada keesokan harinya. Ketika itu, pihak polis sudah berada di rumah untuk menjalankan siasatan.

“Saya mohon maaf kerana sibuk mempersiapkan pengebumian, selain turut pergi ke hospital untuk memanggil pihak ambulans datang ke rumah saya.

“Saya tidak berniat untuk meninggalkan jenazah isteri saya sendirian. Kerana itulah saya meminta tolong para jiran untuk melihat keadaannya ketika ketiadaan saya,” jelasnya pada pihak polis.

Dalam pada itu, Dedy terpaksa mengaku bahawa dia tidak mempunyai wang yang cukup untuk menampung segala kos pengebumian, apatah lagi mahu membayar caj perkhidmatan ambulans.

“Saya tidak punya wang untuk biaya kos perubatan di hospital hingga terpaksa meminjam daripada orang lain. Ini sahaja belum selesai, termasuk bahagian tanah liang lahad kerana ianya harus dibeli (dibayar),” jujurnya.

Sementara itu, pihak polis mengesahkan bahawa kematian Indah adalah berpunca daripada penyakit yang dihidapinya, bukan akibat kecederaan fizikal.

Baca: Tinggal di bangsal buruk, pasangan hidup susah bersama tiga anak

Mawar Karim Dedah Pengganti Baharu Suami, 10 Tahun Beza Umur

Pengedar Dadah Pertaruh Isteri Dan Anak, Langgar Kereta Polis

Share This Story

Berita Berkaitan