Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Rakyat Bakal Dibenar Tanam Pokok Ganja Tanpa Had

tanam ganja

Rakyat Dibenar Tanam Pokok Ganja Tanpa Had. Sebut mengenai ganja, pasti ramai yang mempunyai pelbagai persepsi mengenai tumbuhan ini sama ada secara positif atau sebaliknya. Pengambilan secara terlarang sehingga menyebabkan khayal antara yang membuatkan orang ramai menolak tumbuhan ini dikomersialkan secara meluas.

Dalam pada itu, lain ceritanya dengan Thailand di mana negara ini bakal membenarkan rakyatnya menanam pokok ganja tanpa had di rumah susulan tumbuhan ini yang dikeluarkan daripada senarai narkotik terlarang pada 9 Jun ini.

Tanam Pokok Ganja Tanpa Had

Menerusi laporan daripada Bangkok Post, rakyat Thailand yang berminat untuk menanam tumbuhan ini perlu mendaftar dengan organisasi pentadbiran wilayah atau melalui aplikasi mudah alih yang dibangun dan dikendalikan oleh Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) negara itu.

Difahamkan langkah ini dilakukan dalam meningkatkan pengeluaran ganja bagi tujuan kesihatan dan perubatan manakala untuk tujuan rekreasi masih lagi diharamkan.

Selain itu, pihak berkuasa juga memberi amaran bahawa ekstrak ganja yang mengandungi lebih daripada 0.2 peratus tetrahydrocannabinol (THC) masih diharamkan di bawah undang-undang dadah negara serta disenaraikan di bawah narkotik kategori lima.

Sementara itu, pihak JSP Pharmaceutical Manufacturing (Thailand) sedang berunding dalam memastikan harga ganja dan hemp dalam negara berkenaan dikekalkan pada harga yang berpatutan dalam pasaran bagi menghalang syarikat besar mendapatkan tanaman ini dalam skala yang banyak.

Baca: Kerja Biasa-Biasa, Pemuda Ini Mampu Jana RM12000 Dalam 3 Bulan

Warga Emas Maut Dalam Kebakaran Di Melaka

Menetap Di ‘Bandar Hantu’ Forest City, Wanita Ini Cerita Pengalaman Kurang Enak

Share This Story

Berita Berkaitan