Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Tiada Transaksi ASNB Di Maybank2u Mulai 18 Julai 2022

Tiada Transaksi ASNB Di Maybank2u Mulai 18 Julai 2022. Buat anda yang tidak tahu, pelanggan Maybank2u sebelum ini boleh melihat dan melakukan pindahan dari akaun Maybank mereka secara terus ke akaun ASNB mereka atau pihak ketiga dengan menggunakan web Maybank2u dan aplikasi MAE.

Maybank baru-baru ini mengeluarkan peringatan kepada pengguna bahawa semua akaun Akaun Simpanan Nasional Berhad (ASNB) yang dipautkan ke Maybank2u akan diputus atau dinyah-pautkan mulai 18 Julai 2022.

Ini bermakna pengguna tidak akan dapat melakukan sebarang transaksi ASNB termasuklah melakukan semakan atau pemindahan bermula dari tarikh tersebut.

Buat anda yang tidak tahu, pelanggan Maybank2u sebelum ini bukan sahaja boleh melihat akaun ASNB, tetapi juga dapat melakukan pindahan dari akaun Maybank secara terus ke akaun ASNB mereka atau pihak ketiga dengan menggunakan web Maybank2u dan aplikasi MAE.

Kenapa dinyah-pautkan?

Langkah ini menurut Maybank adalah selari dengan misi mereka untuk memberikan pengalaman perbankan yang lebih baik kepada para pengguna.

Namun anda tidak perlu risau kerana para pengguna boleh memautkannya semula ke Maybank2U dengan menyetujui terma dan syarat (T&C) baharu yang akan dikuatkuasakan mereka pada tarikh sama.

Sebaik bersetuju, anda akan dibenarkan untuk melihat kembali akaun ASNB anda sekaligus melakukan transaksi baik di Maybank2U mahupun menerusi aplikasi MAE.

Cara memautkan semula?

Untuk memautkannya semula, penguna hanya perlu memilih “Wealth” dan seterusnya ASNB pada Maybank2U atau pada aplikasi MAE.

Untuk langkah penuh, rujuk di bawah :

Tiada Transaksi ASNB Di Maybank2u

Cara pertama : Pautan pada ‘Wealth’

Langkah 1: Pergi ke ‘Wealth’

Langkah 2: Klik ‘ASNB’ dan klik ‘View’

Langkah 3: Tekan ‘Agree & Link’ untuk memautkan akaun ASNB anda

Langkah 4: Pada laman pengesahan, sahkan maklumat akaun ASNB anda. (Nota: Jika anda mempunyai akaun anak, akaun tersebut akan turut dipautkan secara automatik)

Langkah 5: Lakukan pengesahan melalui SMS TAC

Langkah 6: Tekan ‘Confirm’ untuk teruskan

Langkah 7: Selesai! Anda kini boleh melihat akaun ASNB anda.

Cara kedua : Link menerusi ‘Pay & Transfer

Langkah 1: Pergi ke ‘Pay & Transfer’

Langkah 2: Klik ‘Transfer to’ > ‘ASNB Accounts’ pada drop-down

Langkah 3: Tekan ‘Link’ untuk memautkan akaun ASNB anda dari Maybank2u

Langkah 4: Tekan ‘Agree & Link’

Langkah 5: Pada laman pengesahan, sahkan maklumat akaun ASNB anda. (Nota: Jika anda mempunyai akaun anak, akaun tersebut akan turut dipautkan secara automatik)

Langkah 6: Lakukan pengesahan melalui SMS TAC

Langkah 7: Tekan ‘Confirm’ untuk teruskan

Langkah 8: Selesai! Anda kini boleh melihat akaun ASNB anda.

Tiada Transaksi ASNB Di Maybank2u

Untuk pengguna MAE

Cara pertama : Link pada ‘Transfer’

Langkah 1: Pergi ke ‘Transfer’

Langkah 2: Pilih ‘ASNB’

Langkah 3: Tekan ‘Link’ untuk memautkan akaun ASNB anda dari Maybank2u

Langkah 4: Tekan ‘Agree & Link’

Langkah 5: Pada laman pengesahan, sahkan maklumat akaun ASNB anda. (Nota: Jika anda mempunyai akaun anak, akaun tersebut akan turut dipautkan secara automatik)

Langkah 6: Lakukan pengesahan melalui SMS TAC

Langkah 7: Tekan ‘Confirm’ untuk teruskan

Langkah 8: Selesai! Anda kini boleh melihat akaun ASNB anda.

Cara kedua : Link pada ‘Wealth’ menerusi MAE

Langkah 1: Pergi ke ‘Wealth’

Langkah 2: Klik ‘ASNB Accounts’

Langkah 3: Tekan ‘Agree & Link’ untuk memautkan akaun ASNB anda

Langkah 4: Pada laman pengesahan, sahkan maklumat akaun ASNB anda. (Nota: Jika anda mempunyai akaun anak, akaun tersebut akan turut dipautkan secara automatik)

Langkah 5: Lakukan pengesahan melalui OTP

Langkah 6: Tekan ‘Confirm’ untuk teruskan

Langkah 7: Selesai! Anda kini boleh melihat akaun ASNB anda.

Baca: Berita Baik Untuk Warga Melaka, Peluang Memiliki Rumah Pertama Di Ekspo Rumah Mampu Milik (RMM) Negeri Melaka 2022

Berhala Biru Di Arab Saudi, Terima Kecaman Netizen, “Menyimpang Dari Ajaran Islam Sebenar”

Suami Terpaksa Tinggalkan Jenazah Isteri Di Rumah Sebab Tiada Wang

Share This Story

Berita Berkaitan