Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Tindakan Rakam Video ‘Menyelit’ Tanpa Bayar Tol, Lelaki Ini Undang Kecaman Netizen

Tindakan Rakam Video ‘Menyelit’ Tanpa Bayar Tol, Lelaki Ini Undang Kecaman Netizen. Insiden ‘menyelit’ disebabkan mahu mengelak bayar tol bukan satu perkara yang asing di negara kita ini dan pastinya hal ini salah disisi undang-undang serta boleh membahayakan pengguna jalanraya lain.

Terbaharu, pengguna TikTok @anakjantan96 telah memuat naik sebuah memaparkan dirinya mengekori rapat kereta yang berada di hadapannya untuk mengelak daripada membayar tol.

@anakjantan96

totap La Hidup Yoo Sobatt 🤪 #foryoupage #tolsungaibesi

♬ bunyi asal – tapau_habis – tapau_habis

Menerusi video tersebut lelaki itu seolah-olah bangga perbuatannya mengelak membayar caj tol. Dapat dilihat, bukan sekali tetapi dua kali lelaki tersebut melakukan perkara tersebut.

Perkongsian video tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen tidak bersetuju dengan tindakan yang dilakukan oleh lelaki berkenaan. Malah, para netizen juga berpendapat hal ini seharusnya tidak terjadi kerana ianya salah.

Tidak hanya itu, rata-rata netizen juga mahu pihak berkuasa mengambil tindakan kepada lelaki tersebut. Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 40 ribu tontonan

Bangga Tayang Video ‘Menyelit’ Elak Bayar Tol, Tindakan Lelaki Ini Undang Kecaman Netizen

Baca: [Video] Budak Lelaki Raba, Cium Punggung Penunggang Wanita Terima Padah

Video Wanita Diserang Secara Kejam Mencetuskan Kemarahan Orang Ramai Di China

Menteri Alam Sekitar Maut Ditembak Rakan Sendiri

Share This Story

Berita Berkaitan