Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

[Video] Acara ini pernah di ‘Haram’kan, tetapi tak diendahkan sehingga berlaku tragedi dasyat ini

[Video] Acara ini pernah di 'Haram'kan, tetapi tak diendahkan sehingga berlaku tragedi dasyat ini

Pertarungan lembu telah berakhir dengan tragedi selepas tempat duduk penonton runtuh sehingga mengakibatkan 500 orang cedera dan membunuh lima orang di Colombia, menurut laporan tempatan.

[Video] Acara ini pernah di 'Haram'kan, tetapi tak diendahkan sehingga berlaku tragedi dasyat ini

Terdapat kebimbangan bahawa jumlah kematian akan meningkat lagi kerana ramai penonton yang terhempap masih tidak dapat dikesan

Insiden itu berlaku di stadium yang diubah suai di El Espinal di Tolima semasa perayaan tahunan San Juan dan San Pedro.

Gabenor Tolima, Ricardo Orozco, memberitahu radio tempatan bahawa sekurang-kurangnya empat orang telah terbunuh, termasuk dua wanita, seorang lelaki dan seorang kanak-kanak dan 60 lagi cedera.

Kejadian itu berlaku semasa “corraleja” – acara tradisional di mana orang ramai  melompat ke dalam gelanggang untuk berlari bersama lembu jantan.

Acara ini telah diharamkan di Bogota sejak 2019, namun ia tetap popular dan menjadi acara tradisi dikalangan penduduk tempatan

Rakaman video yang mengejutkan dari stadium menunjukkan detik-detik tempat duduk – yang dipenuhi ratusan penonton – perlahan-lahan condong ke hadapan sebelum jatuh ke dalam arena. – DailyStar

Share This Story

Berita Berkaitan