[Video] “Senjata Itu Terlalu Bahaya Untuk Dia”, Kanak-Kanak Tertembak Mati Pengajar. Seorang Kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun yang secara tidak sengaja telah menembak dan membunuh seorang pengajar dari Arizona .Senjata itu “terlalu bahaya untuknya,” menurut laporan polis yang dikeluarkan dan dalam satu kenyataan berasingan keluarga gadis itu berkata mereka “berdoa siang dan malam agar dia selamat dari kecederaannya.”
Laporan insiden Pejabat Syerif Daerah Mohave, menyatakan bahawa sejurus selepas kejadian tembakan pada 25 Ogos, keluarga tidak menyedari bahawa pengajar “Last Stop Gun Range” Charles Vacca, 39 mengalami cedera parah.
Menurut kenyataan daripada Timbalan B. Cassidy, bapa — yang telah melepaskan tembakan sub-mesin terlebih dahulu — memberitahu pegawai yang “nampaknya (gadis itu) cedera ketika dia memegang bahunya. (Ayah) berkata keluarga mengerumuninya dan tidak menyedari bahawa Vacca telah ditembak.”
“Bapa kanak-kanak itu berkata dia segera membawa keluarganya ke restoran agar anaknya tidak melihat apa yang berlaku.”
Cassidy kemudian bercakap dengan ibu kanak-kanak itu, dan dialah yang pertama menunjukkan kepada polis rakaman video dari telefon bimbit semasa kejadian tersebut.
“Ibu kanak-kanak perempuan itu kelihatan sedih dan terkejut,” menurut laporan itu. Dia berkata “pistol itu meletup dan dia melihat anak perempuannya menjatuhkan pistol. Kanak-kanak itu menoleh kepadanya dan memberitahu pistol itu terlalu berat untuknya dan ia mencederakan bahunya. Ibu kepada kanak-kanak itu berkata tiada siapa tahu Vacca telah ditembak sehingga pengajar yang lain berlari ke arahnya.”
Laporan itu menunjukkan bahawa polis tidak pernah menemu bual kanak-kanak terbabit, termasuk penembak, kerana mereka terlalu trauma dengan kejadian itu. Kes itu telah dibersihkan sebagai “tembakan tidak sengaja.” – Sumber
Baca: AWAS ! Orang Dewasa Juga Boleh Dijangkiti HMFD
Anak Lembu Berkepala Dua Dengan Tiga Mata Gemparkan Penduduk