Wanita Ini Alami Pengalaman Menakutkan Diintai 10 Kamera Tersembunyi Di Rumah Sewa. Seorang wanita telah memberi amaran selepas dia mendakwa telah menjumpai 10 kamera pengintip yang menyeramkan disembunyikan di sekitar rumah sewa yang ditempahnya di Airbnb.
Pengembara itu berkongsi cerita selepas menyedari terdapat beberapa kamera tersembunyi di seluruh rumah semasa dia berada di Philadelphia, Amerika Syarikat.
Pengguna Twitter bernama @foxytaughtyou berkata orang ramai harus berhati-hati dan berkata, ada kamera yang disembunyikan sebagai pemancut air mandi.
https://twitter.com/foxytaughtyou/status/1536129844773367814?s=20&t=BaSn_a5z5vst1FShTKo5Mw
Wanita tersebut berasa sangat takut apabila rakannya dilaporkan menjumpai lebih banyak kamera tersembunyi di bilik mandi dan bilik tidur.
Airbnb telah menawarkan bayaran balik kepadanya namun demikian pihak polis telah medakwa mereka tidak menemui kamera tersembunyi di rumah tersebut.
Wanita itu membuat tweet pada 13 Jun: “Kami melaporkan perkara ini kepada [Airbnb] dan kepada balai polis pada tengah hari Jumaat dan masih belum mendapat maklumat terkini mengenai kes ini.
“Ini sangat TIDAK SELAMAT, dan menakutkan! Syukur kepada Tuhan kami melihat kamera dan keluar dari sana!”
Dalam video di TikTok, pasangan itu berkata mereka tertidur di atas sofa dan menemui kamera di siling apabila mereka bangun.
Dia menambah: “Kami berasa takut dan kami memutuskan untuk melihat di setiap ruang, di seluruh siling jika ada lagi kamera yang disembunyikan.
“Kami mendapati bahawa pemancut air di bilik air mempunyai kamera. Kami naik ke atas kerusi dan kami sahkan memang terdapat kamera tersembunyi di pemancut air itu.”
Jurucakap jurucakap Airbnb memberitahu The Independent: “Dasar kami melarang keras kamera tersembunyi dan kami mengambil tindakan tegas jika ia berlaku, termasuk tindakan undang-undang menahan penjenayah yang melakukannya.- TheStarDaily
Baca: Gara-Gara Tidak Belikan Motosikal, Suami Sanggup Jerut Leher Isteri Sampai Mati
[Video] Budak Lelaki Raba, Cium Punggung Penunggang Wanita Terima Padah
Video Wanita Diserang Secara Kejam Mencetuskan Kemarahan Orang Ramai Di China