[Video] 8 Kedai Lama Musnah Dijilat Api Di Sabak Bernam – Suasana di pekan daerah ini gempar apabila deretan lapan kedai lama musnah dalam kebakaran lewat malam tadi.
Kejadian kira-kira pukul 11.50 malam itu mengakibatkan kemusnahan empat kedai tayar, dua kedai makan dan masing-masing satu kedai motor serta kedai ramalan nombor ekor.
Namun, ketika kejadian semua premis itu di Jalan Menteri itu tidak beroperasi dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 11.56 malam.
Katanya, sepasukan 30 anggota termasuk pegawai dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sabak Bernam, Sungai Besar, Sekinchan dan Hutan Melintang dikerah dalam operasi berkenaan.
“Setibanya di lokasi, pemeriksaan mendapati api sedang marak memusnahkan lapan kedai lama berkenaan. Operasi pemadaman kelas B itu dilakukan secara menyeluruh dan tidak mangsa dilaporkan,” katanya hari ini.
Tambah Norazam, kebakaran semua kedai itu melibatkan 90 peratus kemusnahan.
“Api berjaya dikawal pukul 1.31 pagi tadi sebelum padam sepenuhnya 40 minit kemudian. Punca sebenar kejadian dan nilai kerugian masih dalam siasatan,” jelasnya.
SUMBER : UTUSAN
Baca : Penolong Pengarah JPN Kelantan Dilanggar Dan Diseret Hingga 29meter
Disebabkan Tidak Puas Hati, Guru Kafa Didakwa Hempas Murid Hingga Patah Kaki
Perkeso Gantung Bayaran Pekerja Penjana Kerjaya Sebanyak RM423 Juta