Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Abby Abadi Bidas Netizen Disebabkan Ungkit Kisah Lama

Abby Abadi Bidas Netizen Disebabkan Ungkit Kisah Lama

Abby Abadi Bidas Netizen Disebabkan Ungkit Kisah Lama – Abby Abadi, sekali netizen ungkit kisah lama. Pelakon Abby Abadi memberi peringatan kepada wanita-wanita diluar sana untuk tidak menganggu suami orang.

Menerusi perkongsiannya di TikTok, dia mengatakan menganggu rumah tangga orang lain boleh dikenakan tindakan undang-undang dan seterusnya dipenjarakan.

“Suami orang jangan try-try, silap-silap ke dalam nanti. Tapi kalau suami yang menggatal dulu, yang melayan juga yang kena ke? Suami tak kena apa-apa?,” tulisnya.

Pada masa sama, Abby turut berpesan supaya jaga keluarga yang Tuhan telah anugerahkan kepada kita.

“Apapun, sekadar mengingatkan. Hidup penuh tanggungjawab, dah ada keluarga, jaga keluarga ya. Sakit nak jawab dengan Allah nanti,” ujarnya.

Di ruangan komen, rata-rata netizen mengatakan Abby seakan-akan menujukan hantaran video itu kepada seseorang dan ramai yang bersetuju dengan pendapatnya itu. Agensi

Baca: Nenek Meraung Cucu Balik, Disangka Pergi Dibawa Arus Banjir 2 Hari Lalu
Lembu punya pasal, suami Isteri dan anak maut terkena renjatan elektrik
Subsidi ayam diteruskan, harga syiling ayam RM9.40 sekilo mulai 1 Julai

Share This Story

Berita Berkaitan