
Akhirnya, Perodua Alza 2022 secara rasminya telah pun dilancarkan secara rasmi hari ini, selepas model generasi pertamanya yang telah berada lebih 12 tahun dalam pasaran ditamatkan produksinya pada akhir April lalu. Model generasi baharu ini menampilkan teknologi yang jauh lebih moden kerana diasaskan dari platform terkini Daihatsu New Global Architecture (DNGA), dan merupakan kembar kepada Daihatsu Xenia dan Toyota Avanza/Veloz generasi baharu.
Alza 2022 menerima enjin 2NR-VE 1.5 liter empat silinder NA, digandingkan dengan kotak gear D-CVT untuk memacu roda hadapan – tiada lagi pilihan kotak gear manual untuk mana-mana varian model generasi baharu ini. Padanan unit rangkaian kuasa berkenaan telah pun mendapat pengiktirafan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) dengan mencapai penggunaan bahan api serendah 22 km/l dalam ujian Kitaran Pemanduan Malaysia (MDC).

Konfigurasi enjin dan kotak gear yang sama sebenarnya sudahpun digunakan pada Perodua Myvi facelift 2022, yang menampilkan kuasa 103 PS (102 hp) dan tork maksima 137 Nm. Namun untuk Alza, enjin 2NR-VE tersebut menerima talaan lebih berkuasa, menghasilkan 106 PS dan tork maksima 138 Nm.
Dari segi teknologi keselamatan juga, Alza 2022 ini diberikan kelengkapan yang jauh lebih moden dan agak terkehadapan berbanding saingan sekelasnya seperti Mitsubishi Xpander dan Honda BR-V. Secara standard, ia datang dengan perincian seperti enam-beg udara, serta sistem bantuan pemanduan keselamatan Advanced Safety Assist (ASA) terkini.
Malah varian lebih tinggi MPV segmen-B tujuh-tempat duduk ini turut menerima perincian yang agak canggih termasuk kamera pandangan panaromik 360-darjah, dan juga brek parkir elektronik. Tiga varian ditawarkan oleh Perodua untuk Alza 2022 ini, bermula dengan varian asas 1.5 X, varian pertengahan 1.5 H dan juga varian tertinggi 1.5 AV.
Untuk perincian lengkap berkenaan harga dan juga spesifikasi yang diberi bagi setiap varian adalah seperti berikut:
Perodua Alza 1.5X 2022 – anggaran RM62,500

Ciri standard:
Mekanikal

Luaran
Dalaman

Keselamatan
Perodua Alza 1.5H 2022 — anggaran RM68,000

Tambahan:
Mekanikal

Luaran
Dalaman




Keselamatan
Perodua Alza 1.5AV 2022 — anggaran RM75,500

Tambahan:
Mekanikal
Luaran
Dalaman




Keselamatan

MPV baharu ini ditawarkan dalam lima warna badan berbeza, terdiri dari satu warna solid dan empat warna metalik. Satu-satunya warna solid iaitu Ivory White, bersama Glittering Silver dan warna baru Elegant Black ditawarkan untuk ketiga-tiga varian, manakala warna Garnet Red dan Vintage Brown hanya untuk varian H dan AV. Ia hadir dengan perlindungan waranti selama lima-tahun atau 150,000 km. – Sumber : Paultan.org
Baca: Tragis ! Pengantin mati ditembak di majlis perkahwinannya sendiri
Enggan buat seks oral, pelajar tingkatan 1 ancam kanak-kanak 10 tahun dengan pisau