Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Ikan Patin naik harga, RM1,245 seekor? Ini sebab pemilik restoren naikkan harga

Harga Ikan Patin RM1,245 seekor?, Ini Penjelasannya

Ini rupanya sebab patin ni harga RM1,245 seekor. Permintaan yang tinggi terhadap ikan patin liar membuatkan seorang pemilik restoran Ahmad Daniar Ismail sanggup mengeluarkan modal sebanyak RM1,245 bagi membeli seekor ikan patin buah.

Pemilik restoran House of Patin Kuala Lumpur itu berkata, dia yang datang ke Kuala Medang tidak teragak-agak membeli seekor ikan patin seberat 8.3 kilogram yang baru ditangkap seorang nelayan dengan harga RM1,245.

“Saya akan membawa ikan patin buah ini ke restoran di Kuala Lumpur bersama beberapa spesies lain ikan liar Sungai Jelai lain yang dibeli daripada daripada nelayan sungai kampung ini kerana stok ikan yang bermutu tinggi sudah habis dimasak (dijual) kepada pelanggan di sana.

“Kebetulan Hari Raya Aidiladha bakal tiba, restoran House of Patin yang terletak di Kuala Lumpur akan dibanjiri ramai pelanggan warga ibu kota yang gemar dengan masakan asam tempoyak ikan liar Sungai Jelai ini,” katanya di sini hari ini.

Menurut Ahmad Daniar dia sering datang ke Kuala Medang yang merupakan kampungnya untuk mendapatkan bekalan ikan sungai termasuklah patin buah, kelah, kerai, dan sebagainya. Agensi

Baca: Lembu punya pasal, suami Isteri dan anak maut terkena renjatan elektrik

Pekerja Melecur 50 Peratus, Stor Mr. DIY Terbakar Di Kajang

Penyanyi MK K-Clique tak kisah dapat jodoh yang lebih tua, ini alasan beliau

Share This Story

Berita Berkaitan