Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

[Video] Ibu Pening Lihat Gelagat Anaknya Bersalaman Dengan ‘Boyfriend’ Ketika Ambil Dari Sekolah

Ibu Pening Lihat Gelagat Anaknya Bersalaman Dengan 'Boyfriend' Ketika Ambil Dari Sekolah

Ibu Pening Lihat Gelagat Anaknya Bersalaman Dengan ‘Boyfriend’ Ketika Ambil Dari Sekolah – Seperti yang kita tahu, pastinya anak-anak memiliki telatah masing-masing dan terkadang berkelaku diluar jangkaan ibu bapa. Ada sahaja yang mereka lakukan untuk menghiburkan sehingga penat kerja seharian pun tidak terasa.

Hal ini sama seperti kisah yang tular baru-baru ini di aplikasi TikTok yang mana seorang ibu ‘pening’ melihat telatah anaknya bersalaman dengan ‘boyfriend’ sewaktu mengambilnya pulang dari sekolah telah mendapat perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @Nrazween_, memaparkan seorang budak perempuan sedang berada di tempat menunggu bas di sebuah kawasan sekolah.

Bagaimanapun, apa yang membuatkan ramai geli hati apabila melihat budak perempuan itu menyalam teman lelakinya sambil diperhatikan ibunya yang sudah lama menunggu di dalam kereta.

“Kemain anak aku. Salam boyfriend dulu baru masuk kereta. Mak kau tunggu 10 minit ek untuk drama ini,” ujarnya.

Ibu kepada budak perempuan itu juga sempat bereloroh anaknya telah pun ‘diceramah’ sejurus sahaja masuk ke dalam kereta.

@azwnrsmn

Kemain anak aku..salam boy friend dlu baru masuk kreta..mak kau tunggu 10 minit ek utk drama ni 🙄 #fypdongggggggg #foryoupage

♬ Penang kalau hari2 macam ni – Bubih

Meninjau ke ruang komen, rata-rata netizen terutamanya yang masih ‘single’ meninggalkan komen lucu kerana ‘jealous’ dengan gelagat adik tersebut yang sudah mempunyai teman lelaki di usia masih kecil sedangkan mereka yang sudah berusia masih belum berpunya.

Bukan itu sahaja, netizen juga menyifatkan adik itu masih terlalu kecil untuk memahami baik buruk sesuatu perkara dan ianya merupakan tugas ibu bapa untuk menerangkan perkara itu kepadanya.

Ibu Pening Lihat Gelagat Anaknya Bersalaman Dengan 'Boyfriend' Ketika Ambil Dari Sekolah

Ibu Pening Lihat Gelagat Anaknya Bersalaman Dengan 'Boyfriend' Ketika Ambil Dari Sekolah

Ibu Pening Lihat Gelagat Anaknya Bersalaman Dengan 'Boyfriend' Ketika Ambil Dari Sekolah

SUMBER : BERITAVIRAL

Baca : Pengasas Crackhouse Comedy Club tidak mengaku bersalah buat hantaran jelik

[Video] Guru ajar murid guna Kondom undang pelbagai reaksi netizen

Kanak-kanak maut terjatuh dari tingkat 18

Share This Story

Berita Berkaitan