Isteri Pertama hadir bawa anak ‘bersanding ‘ dan duduk bersama di majlis perkahwinan Suami & Isteri Kedua, netizen puji ketabahan isteri – Baru-baru ini tular di media sosial Indonesia sebuah klip memaparkan situasi seorang wanita yang didakwa isteri pertama, duduk di atas kerusi pelamin bersama suami dan isteri baharu lelaki berkenaan.
Menerusi video itu, dapat dilihat si isteri duduk di sebelah suaminya sambil tersenyum dan memangku anak mereka yang masih bayi.
Kedua-dua isteri memakai kaun berwarna ungu dan si suami pula duduk di tengah-tengah bersebelahan isteri kedua. Ketiga-tiga mereka tersenyum tanpa menunjukkan sebarang perselisihan faham.
Video yang dimuat naik oleh Lia Azka itu mendapat 6.4 juta tontonan dan ruangan komen sudah tentunya dibanjiri oleh warganet yang memuji tindakan isteri pertama.
Mereka menyifatkan isteri pertama sangat kuat dan tabah meskipun dalam hatinya sangat sedih dan kecewa.
“Isteri tua berada pada majlis perkahwinan suami dengan isteri muda,” demikian menurut keterangan pada hantaran itu.
https://www.tiktok.com/@lia.sugiandie/video/7121201342403693851?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7121606106673350145
SUMBER : SIRAPLIMAU
Crackhouse Comedy ‘diserang’ dengan simbahan cat merah
Pekerja Hotel Terkejut Bilik Tetamu Terlalu Kotor Seperti Dikerjakan ‘Haiwan’