Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Jurukamera ‘cap ayam’ ambil semua gambar pengantin ‘Blur’ & ‘Bergoyang’

Jurukamera 'cap ayam' ambil semua gambar pengantin ‘Blur’ & ‘Bergoyang’

Jurukamera ‘cap ayam’ ambil semua gambar pengantin ‘Blur’ & ‘Bergoyang’. Walaupun, gambar tersebut tidak dapat dilihat dengan jelas namun ramai yang terhibur dan menyifatkan gambar tersebut adalah hasil seni kreatif.

Majlis perkahwinan kebiasaanya hanya terjadi sekali seumur hidup. Oleh itu, setiap pasangan pengantin yang mahu berkahwin akan melakukan persiapan sehabis baik mengikut citarasa mereka.

Ini termasuklah dari segi pemilihan gambar yang ingin diletakkan di dalam media sosial agar gambar yang dimuat naik kelihatan cantik.

Namun berbeza dengan pasangan pengantin yang dikongsikan oleh satu laman Facebook Negeri Sembilan Kini yang memaparkan beberapa keping gambar perkahwinan yang tidak diketahui siapakah orangnya.

Apa yang menjadi perhatian adalah gambar yang dikongsikan tersebut adalah tidak jelas dan bergerak sehingga muka pasangan pengantin juga tidak dapat dikenal pasti.

Orang ramai hanya dapat mengetahui ia adalah foto di sebuah majlis pernikahan berpandukan pada kapsyen selain foto itu sendiri yang memperlihatkan pasangan pengantin yang berbusana serba putih selain susunan atur duduk seperti satu majlis akad nikah.

“Selamat pengantin baru, selesai sudah acara akad nikah sahabatku semoga berbahagia akhir hayat,” tulisnya di kapsyen.

Melihat di ruangan komen pula, meskipun gambar tersebut tidak jelas tetapi rata-rata warganet terhibur sehingga ada yang bergurau dengan mengatakan ia adalah hasil seni kreatif dan ada juga yang berkata mungkin gambar tersebut di ambil sambil berlari.

‘Orang lain yang kawin, jurukamera yang gigil’

Tangkap gambar sambil berlari ni’

‘Lain kali pergi lah membuang dulu, baru buat kerja’

Baca: Viral video hina solat, rupanya ini wanita disebalik topeng tersebut

Siapa kata tak boleh bawa kereta kebal ke shopping complex ? Lelaki ini cipta kelainan tak pernah dibuat orang lain

[Video] Walaupun kelihatan ‘lemah’ fizikal namun kekuatan adik ini sehebat atlet

Share This Story

Berita Berkaitan