Seorang Ahli Parlimen pembangkang membidas sikap segelintir pihak yang cepat menghukum wanita yang berpakaian seksi yang dikatakan menjadi punca kejadian dirogol atau mendapat gangguan seksual.
Fuziah Salleh (PH-Kuantan) berkata, sikap menghukum itu tidak membantu mangsa-mangsa rogol untuk membuat laporan atau aduan kepada pihak berkuasa.
Beliau berkata, kejadian rogol bukan sahaja membabitkan wanita seksi, malah binatang juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa perogol.
“Nenek 74 tahun kena rogol. Kanak-kanak lima tahun kena rogol. Remaja lelaki pun kena rogol.
“Malah kambing pun kena rogol sampai mati kambing itu. Adakah kata mereka berpakaian seksi. Jadi hujah-hujah (ini) tak rasional (untuk) bela nasib rakyat,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang (RUU) Anti-gangguan Seksual 2021 di Dewan Rakyat. – FMT
Baca: Kes ‘Ustaz’ rogol remaja, Wanita ini Dedahkan taktik licik perbuatan memalukan tersebut
Tragis ! Pengantin mati ditembak di majlis perkahwinannya sendiri