Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Kesian ! Perkahwinan wanita ini dibatalkan selepas bakal mertua tak suka penampilan menantu yang ‘pendek’ dan ‘hodoh’

Kesian ! Perkahwinan wanita ini dibatalkan selepas bakal mertua tak suka penampilan menantu yang 'pendek' dan 'hodoh'

Kesian ! Perkahwinan wanita ini dibatalkan selepas bakal mertua tak suka penampilan menantu yang ‘pendek’ dan ‘hodoh’ . Seorang wanita di Tunisia mendapat sokongan netizen di media sosial selepas perkahwinannya dibatalkan kerana bakal ibu mentuanya tidak menyukai penampilannya, lapor laman Oddity Central semalam.

Pada minggu lalu, Lamia al-Labawi berkongsi kisah sedihnya di laman Facebook di mana hari yang sepatutnya menjadi hari bahagia dalam hidupnya bertukar mimpi ngeri.

Kesian ! Perkahwinan wanita ini dibatalkan selepas bakal mertua tak suka penampilan menantu yang 'pendek' dan 'hodoh'

Dia bersama pasangannya sepatutnya berkahwin setelah empat tahun bercinta. Segala persiapan sudah diatur dan mereka menghabiskan wang yang banyak untuk memastikan semuanya berjalan lancar mengikut perancangan.

Bagaimanapun, Lamia tidak pernah bertemu ibu pengantin lelaki secara peribadi sebelum ini.

Majlis perkahwinan itu kemudian berlangsung dengan kehadiran ramai tetamu. Di hadapan semua orang, wanita itu mendekati anaknya dan meminta dia membatalkan perkahwinan.

Dia mendakwa pengantin perempuan terlalu pendek dan hodoh serta tidak layak untuk dikahwini.

Ibu pengantin lelaki hanya melihat foto Lamia sebelum ini dan nampaknya amat kecewa selepas bertemu dengannya.

Bukan itu sahaja, tetamu majlis lebih terkejut apabila mendapati pengantin lelaki bertindak menyebelahi ibunya. Dia meninggalkan Lamia dan pergi bersama ibunya.

Kisah itu tersebar di media sosial di mana Lamia mendapat sokongan daripada netizen.

“Dengan kasih sayang dan persaudaraan, saya memberitahu anda, angkat kepala anda dan hadapi dunia dengan sekuat tenaga anda,” kata pelakon teater Tunisia, Hedi Al-Mejri kepada Lamia. – Agensi

‘Rare’ betul hadiah kahwin yang pasangan ini dapat

Apps ni sangat bahaya bagi yang dah berkahwin ini nasihat berguna untuk pasangan yang dah berumahtangga

Isteri Pertama hadir bawa anak ‘bersanding ‘ dan duduk bersama di majlis perkahwinan Suami & Isteri Kedua, netizen puji ketabahan isteri

Share This Story

Berita Berkaitan