Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Khairy Jamaluddin harap rokok, vape dapat diharamkan dalam pembentangan akta di sidang parlimen minggu hadapan

Menteri Kesihatan harap rokok, vape dapat diharamkan dalam pembentangan akta di sidang parlimen minggu hadapan

Khairy Jamaluddin harap rokok, vape dapat diharamkan dalam pembentangan akta di sidang parlimen minggu hadapan. Akta untuk mengharamkan rokok, rokok elektronik (vape) dan semua alat merokok kepada golongan yang lahir selepas 2007 akan dibentangkan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar di Parlimen, minggu hadapan.

Khairy Jamaluddin memberitahu, matlamat cadangan Generation End Game (GEG) itu adalah untuk mewujudkan generasi baharu yang bebas daripada perbuatan merokok pada masa akan datang.

“Bayangkan negara kita tanpa asap rokok, bayangkan satu generasi tidak kenal apa itu rokok,” katanya menerusi hantaran video di laman TikToknya pada Isnin.

Beliau berkata, perkara itu tidak mustahil boleh berlaku dan boleh menjadi realiti di negara kita dengan peranan yang dimainkan oleh semua untuk meluluskan akta tersebut

“Jika anda mahukan anak-anak dan cucu-cucu bebas daripada asap rokok, suarakanlah. Beritahu ahli Parlimen anda untuk sokong akta ini,” katanya.

Pada 17 Februari lalu, kerajaan dilapor akan memperkenalkan akta baharu bagi melarang aktiviti merokok dan pemilikan sebarang produk merokok termasuk vape terhadap generasi muda.

Pengenalan akta baharu itu akan dapat mengurangkan generasi akan datang terdedah terhadap rokok dan produk tembakau kerana pengambilannya adalah faktor utama menyebabkan kanser dan menyumbang 22 peratus kematian akibat kanser.

Sinar Harian

Baca: Netflix bakal kehilangan dua juta pelanggan dan bakal ‘gulung tikar’ ramai yang ramal ini sebabnya

<a href=”https://kisahmalaysia.net/rogol-anak-jiran-isteri-sendiri-bersubahat-rakam-aksi-suami-buat-perbuatan-jijik/” title=”Rogol anak jiran, Isteri sendiri bersubahat rakam aksi suami buat perbuatan jijik” rel=”noopener” target=”_blank”>Rogol anak jiran, Isteri sendiri bersubahat rakam aksi suami buat perbuatan jijik

Dipaksa Melakukan S3ks Dengan Kucing, Budak 11 Tahun Meninggal Dunia Sebab Depresi

Share This Story

Berita Berkaitan