Lelaki buat ‘amal jariah sedekah’ rokok kepada orang ramai selepas solat jumaat cetus pertikaian netizen – Sudah menjadi kebiasaan setiap kali solat Jumaat di masjid akan terdapatnya individu yang berbesar hati untuk melakukan sedekah atau kenduri buat para jemaah masjid terdiri daripada buah-buahan dan sebagainya.
Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali apabila dikongsikan menerusi TikTok @udinponboleh di mana terdapat sebuah masjid di mana terdapat seorang jemaah yang membuat sedekah rokok dan diletakkan pada raga motosikal serta juga bahagian depan kereta.
https://www.tiktok.com/@udinponboleh/video/7120471579049397531?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7121606106673350145
https://www.tiktok.com/@udinponboleh/video/7121347223425797403?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7121606106673350145
Di sebalik pemberian rokok secara percuma buat para jemaah, para netizen seolah mempertikaikan isu dosa dan pahala pemberian rokok khususnya di kawasan ibadah. Tidak kurang juga yang hairan dengan ‘sedekah’ dilakukan oleh individu dalam video berkenaan.
Walau bagaimanapun, hukum menghisap rokok telah difatwakan haram oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor sejak dari tahun 1995.
Selain itu, Mantan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri turut berkongsi lebih lanjut isu pengharaman rokok dengan lebih lanjut menerusi pautan beliau di mana anda boleh klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut.
SUMBER : THEVOCKET
Baca : Gotabaya Rajapaksa Mendakwa Covid-19 Punca Kejatuhan Sri Lanka
Jangkaan Hayat Penduduk Malaysia Meningkat Menjelang 2030
Harga Emas Jatuh Dan Terendah Setakat Ini